Saturday, January 28, 2012

Ragam

Hari ni dah masuk 12 hari saya kat rumah. Seronok semua makanan yang diidamkan untuk di makan sudah separuh tertunai. Sempat lagi untuk jayakan lagi separuh sementara cuti masih berbaki 3 minggu lebih kurang. Semenjak kat rumah kemana ibu pergi saya mesti akan jadi driver terhormat tapi kadang kalau datang mood malas (mengantuk) tak jugak ku jadi driver tapi most of the time boleh di katakan ya. Dan tadi lepas ambil adik kat sekolah ibu ajak teman shopping groceries memandangkan saya bibik terhormat kat rumah sekarang ni so apa yang kurang kat dapur tu wajib di catat dalam kepala supaya time kat dapur nanti tak payah bagi alasan itu ini tak ade.

Bila dah siap shopping apa yang patut kitorang line up untuk bayar. So berbalik kepada tajuk entry ragam ni. Macam-macam ragam yang menarik perhatian saya kat situ tapi yang paling berjaya ialah sorang budak perempuan ni usia dalam lingkungan 4 tahun mungkin tengah pujuk ayah dia nak beli chocolate. Si anak comel ni mintak nak chocolate yang dekat kaunter tu, rambang mata la budak ni lagi-lagi bila tengok banyak je cokelat, gula-gula, chewing gum dan macam-macam lagi tersusun cantik je di atas rak sebelah kaunter. Pujuk punya pujuk si ayah pun cakap kan dah beli tadi. Tanpa amaran si anak tu terus guling-guling sebelah kitorang. Cepat-cepat si ayah capai cokelat yang budak perempuan tu inginkan. Ciss, kuang asam punya budak kecik. Dia acah-acah guling terus ayah dia belikan cokelat yang dia nak.


p/s : Ibu cakap dulu pantang lalu tepi kedai kek atau KFC mesti akan mengamuk kalau tak beli. Cantik betol perangai kan ? :)

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen