Monday, November 28, 2011

Akhirnya.

Dan akhirnya malam ini terupdate jugak blog even dah berkepuk kepuk 'sawang' kat blog ni. Actually dah banyak kali cuba untuk update blog namun semuanya berakhir dengan tersimpan di draft. Sungguh kesian. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini semua buah fikiran hilang, sepi, kelu satu pun tak berbuah. Mana pergi semangat untuk berblog seperti dulu. Seperti setahun yang lepas ? Mana nak cari semangat tu balik pun dah tak tahu where should I start. Memandangkan sudah lama tak mengupdate banyak sangat benda yang dah berlaku dalam hidup ni sebenarnya. Tapi semua tu mustahil untuk di jelaskan dalam masa beberapa minit ni. Buat masa sekarang, fb dah terminate. Cuba deal dengan diri sendiri untuk tidak meng-active kan diri selama seminggu ni, jika misi berjaya, akan cuba up kan lagi seminggu dan jika berjaya insyaAllah, I will terminate that account forever. Kalau berjaya ye, kalau tak memang dah takdir untuk punya account fb :P

Disebabkan dah lama tak update, perasaan janggal tu masih berbaki. Macam mana nak mula, macam mana nak cerita, macam mana nak akhir kan blog ni. Semua tu dah jadi tepu. Tapi tak apa, akan cuba update seringkas mungkin. Dan bila update blog yang dah lama tak berupdate, muzik mesti lah di pasang bertepatan dengan kehendak jiwa ni. Baru lah ada feel untuk menaip. So, blog Mayeeni  menjadi pilihan. Ahh lullaby. Rasa macam nak tido pun ada, tapi ni antara bedtime song yang saya salu layan sebelum tidur. Bila mana emosi tidak berapa nak okay, musik macam ni akan melayan saya.

Mungkin ini yang mampu saya coret buat post pertama selepas beberapa bulan mencari nafas baru. Dan hidup ini memang seperti roda, sekali kita diatas tidak semestinya kita akan sentiasa di atas, pasti suatu hari akan ada masa kita di bawah. Dan mungkin apa yang kita inginkan tak seindah apa yang diimpkan. Tapi hidup ini penuh dengan kemungkinan. Jadi satu pun tidak mustahil untuk berlaku. Semoga hidup ini lebih bermakna dan bermanfaat dari hari yang sebelumnya.

p/s: Go for someone whose not only proud and glad to have you. But willing to take risk and effort to be with you. Noted !



salam rindu,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen