Friday, October 21, 2011

Smells good.

Since dah lama tak mengupdate so malam ni tiba-tiba dapat satu aura untuk bercerita tentang wangian. Semua orang suka bau yang wangi kan ? Wangian yang mampu untuk menghindari anda daripada bau badan semula jadi. Kadang-kadang bila cakap pasal bau, ada orang yang confident untuk tidak mengaplikasi sebarang wangian pada badan mereka. Namun bagi saya semua orang perlukan wangian even memakai cologne atau body mist pada badan kita. Malam ni saya nak share sedikit ilmu yang baru dapat tadi . Wangian terbahagi kepada empat tahap yang berbeza-beza. Perfume ( most concentrated ), Eau De Parfum ( lighter ), Cologne/ body mist ( lightest) and Essential oil (natural ) . Kebiasaanya apabila memeilih perfume, sales promoter tu akan spray bau yang anda nak dekat keratan kertas dan layangkan sebelum diberikan kepada anda. Jangan mudah terpengaruh , apa yang penting adalah bau itu sesuai dengan badan kita. Tips untuk mengetahui perfume tu betul-betul sesuai dengan kita atau tidak, anda hanya perlu spray wangian tersebut dan teruskan bershopping atau berjalan untuk beberapa jam. Jika bauan tersebut tidak memeningkan anda dan anda berasa selesa dengan wangian tersebut, maka itu adalah pilihan yang tepat. Namun, jika bauan tersebut membuatkan anda pening maka, untuk kali seterusnya cubalah perfume yang lain. Mungkin wangian tersebut tidak bersesuaian dengan anda. Harus ingat bukan semua wangian sesuai dengan kita sebab badan kita mengeluarkan bau yang berbeza. Kadang-kadang kita akan membeli perfume yang membuat kita tertarik dengan bau yang dipakai oleh rakan/ teman kita. Selesai cara memilih, kita bergerak pula pada cara memakai wangian. Terdapat 4 tempat yang boleh dipakai untuk membuatkan bau itu tahan lama . Caranya adalah menyembur pada tempat yang bernadi contohnya on your wrist, behind your ears, besides your throat and even behind your knees. Cuba elakkan menyembur wangian pada baju anda kerana ini dapat mengotorkan fabrik anda. Instead, cuba semburkan pada badan dan rambut. Ini mampu membangkitkan haruman anda. Apa yang perlu adalah bau yang menarik apabila orang berada dekat dengan kita. Kalau sebatu dah boleh bau itu sudah terlebih. hee. Selamat mencuba dan berseronok dengan wangian anda. Terima kasih ! :)



Ini adalah contoh Parfum/ perfume spray. 

Ini adalah contoh EDT.

Ini adalah perfume oil. 

Fakta : Menurut kajian yang dijalankan oleh pelajar Uni. of Pennsylvania bau lelaki boleh menghilangkan stress wanita. Sejauh mana kesahihannya saya tidak pasti. :)

xoxo,
aten NERD


No comments:

Post a Comment

sila komen komen