Monday, September 5, 2011

Sepupu baru

Cerita pasal sepupu baru ni, mesti korang akan terfikir bayi polos yang baru lahir kan ? Eh kali ini bukan bayi namun si kacak berdarah kacukan. Untung cousin saya. Actually raya ketiga hari tu cousin saya yang kedua tertua didalam family besar dah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah semuanya selamat. Perasaan sedih dan gembira semua ada. Mana taknya dia antara orang yang paling close dengan saya. Kami dah macam adik beradik. Pergi je mana-mana mesti akan berkepit. Makan minum tidak berkira. Sobs. Siapa nak belanja saya lagi nanti ? Siapa nak bagi pinjam baju-baju cantik lagi ? Bilang dong . Siapa yang sanggup ? Mesti tak ada kan yang berhati suci murni macam Kak Nor. Tskk. Meleleh air mata ni. Masa pergi hantar dia time majlis sambut menantu hari tu air mata dah bergenang bila nak tinggalkan dia. Sedihnya. Perasaan macam kehilangan seorang kakak sendiri. Dan mungkin bila dah kawen ni tanggungjawab dah besar. Lepas ni dah tak boleh nak hoo-haa lebih-lebih dengan kami yang single ni lagi. Tssk. :'(

Namun walau apa pun , aten nak ucapkan selamat pengantin baru untuk kak nor dan abg fizi. Selamat menjalani kehidupan yang baru. Aten doakan semoga korang sentiasa diberkati oleh yang Maha Esa dan cepat-cepat dapat baby. Mesti comel. Tak sabar nak jadi auntyyyyyyyyyy. :)











xoxo,
aten NERD




1 comment:

  1. nice pics.! thniah :) semua nmpk lawa dgn merah :)

    ReplyDelete

sila komen komen