Friday, September 9, 2011

Johor yang jauh tuuuu

Ini merupakan entry terakhir sebelum pergi pack barang yang dah halfway finished actually. Tapi sebelum packing sempat jugak menaip. Pejam celik pejam celik eh dah tamat cuti smester. Kejapnya masa berlalu. Dang ! Dari berat 53.2 kg sekarang dah berjaya turun balik jadi 50.2 kg. Alhamdulillah, berjaya jugak last-minute diet sebelum balik Johor. Mana taknya masa first three week kat rumah dulu semua benda bedal. Kemaruk gile makan. Tapi sekarang perasaan nak makan tu dah hilang. Tssk. Dah nak balik Johor. Mana nak cari semua kuih muih tradisional yang manisssssss-manisssss kat sana ? Mana nak dapat nasi kerabu ayam percik ? Mana nak dapat nasi ulam dengan budu ? Mana nak dapat ? Semuanya kena tunggu bila balik cuti semester nanti.

So besok pagi-pagi saya dah nak balik ke Johor-yang-jauh tu. Flight dari sini pukul 10.45 pagi. InsyaAllah, 45minit kemudian akan tiba di KL. Lepas tu tunggu Tira dari Sabah kejap. Dalam 12.45 dia sampai, then baru gerak balik BP. Doakan kami berdua selamat sampai ke destinasi dan permudahkan segala urusan. InsyaAllah.

Sebelum balik Johor yang jauh tu, saya nak tanam azam baru untuk sem baru ni. Tapi semua azam tu perlu di simpan dalam hati dan kepala buat sementara waktu ni. Semoga berjaya untuk diri sendiri. Banyak azam tengah berlegar-legar kat kepala sekarang ni. Harap semuanya berjaya dicapai bukan satu, bukan dua, tapi nak semuaaaaaaaaaa. Tamak betul mengejar impian. Dan kawan-kawan yang membaca silalah berdoa kepada si Tengku Aten ni. Supaya dia berjaya mencapai semua azam yang berlegar-legar tu. 

Since this gonna be my last day, hari ini pagi-pagi lagi saya dah bangun . Lagi awal dari ibu, then teman ibu hantar Nuyu tuisyen. Meluncur laju ke Tesco, shopping groceries dengan ibu. Siap plan nak tolong buatkan spaghetti untuk ibu. Sebab dia teringin nak makan. Lepas tu, ibu teman I pergi borong barang untuk bawa balik Johor. So today, I cook for lunch. I buat spaghetti sedap untuk semua orang. Sebab ini masak-masak terakhir before I left tomorrow morning. Sobs. 

Dah tamat contract jadi bibik , driver, guru tuition untuk cuti semester ini. Alhamdulillah, berjaya habiskan cuti dengan jayanya. Dan tak lupa jugak buat semua girlfriends including geng menjoyah Rina & Nuni, geng pergi gym , ex-Islah ,cousins and big family. 

Terima kasih untuk percutian yang hebat ini. InsyaAllah, see you on January 2012. :)

Love,
Tengku Aten

2 comments:

  1. stdy elok2 and take care dude =D

    ReplyDelete
  2. miss u la ten!!!sgt..hehehe_yaya_

    ReplyDelete

sila komen komen