Sunday, September 4, 2011

Alahai raya

Masuk ni dah banyak kali taip padam taip padam taip padam. Idea nak menaip pun dah tersekat-sekat macam orang cirit. Raya sakan kononnya. Hehe. Bab makan tak payah cakap lah, semua berjaya di sumbat dan telan. Pakai alasan ' takpe, raya setahun sekali je. lepas ni diet lah balik' untuk sedapkan hati. Walhal baju yang di jahit terpaksa tetas balik dart kat depat sebab dah ketat . Satay, laksa, mee kari, rojak ayam, nasi ayam, spaghetti, nasi arab, nasi impit kuah kacang, kuih dalam balang, semua tu berjaya di telan tanpa rasa gusar.

Kalau nak cakap pasal raya ni memang tak habis . Raya tahun ni macam biasa 2 hari sebelum raya dah berangkat pulang ke kampung. Then raya kedua dah balik KB. Raya ketiga pulak ada kenduri kakak sedara. Alhamdulillah dah selamat lagi sorang . Saya bila lagi mak ? ( soalan gatal budak belum habis belajar ) Eh awak tu belajar dulu rajin-rajin, dah kerja nanti baru lah boleh kawen. Cakap pasal syoknya raya tahun ni adalah sebab dapat jumpa ex schoolmates time sekolah rendah dulu. Ya Allah, seronok bukan kepalang. mana taknya, semua dah berubah dari segi ketinggian, bentuk, dan saiz . Kecantikan dan kekacakan ta payah cakap lah. Semua dah makin cantik dan kacak bergaya. Kalau 9 tahun dulu pakai tudung pun asyik nak senget je, sekarang dah tak lagi. Yang lelaki pun tak kalah, kalau dulu pakai seluar siap denga belt atas pusat sekarang dah pandai londeh sikit.

Masa kat kampung hari tu sana-sini pergi beraya, segan pulak bila orang cakap. Eh dah besar dah dia. Yang ni kan kecik-kecik dulu potpetpotpet. Sekarang kerja kat mana ? Ewah, seronoknya pertanyaan. Dan ada jugak yang tanya, sekarang dah form berapa ? Yang ni soalan paling seronok nak jawab sebab terasa diri sangat muda dan remaja. Biasalah kalau setahun sekali jumpa memang la tak kan cam dan banyak perubahan ketara jelas kelihatan. Contohnya, ' Tahun lepas Cik Ni nampak aten macam berisi sikit, tapi tahun ni dah slim ' Wah bahagia bila orang puji nampak slim namun hakikatnya tricks baju kurung je sebab ibu pilih cotton yang jaurnya menegak.

Hari ni dah masuk raya ke enam kan ? Masih lagi dalam mood raya. Tapi lagi enam hari dah nak balik Johor. Suka duka mula bercampur baur. Ni belum start packing barang lagi. Tengah fikir macam mana nak kurangkan luggage untuk di bawa pulang ke sana nanti. Apa pun raya memang ' OH HANDSOMEEEEEEEEEEE/ Ohsome ! ' . Masa yang ada masih lagi seminggu kat rumah ni manfaatkan betul-betul supaya tak homesick bila dah balik U nanti.

Hamboiii. Melaram dengan shades ibu. Jangan muntah sekarang.
Banyak lagi pics yang belum upload. :P


xoxo,
aten nerd

No comments:

Post a Comment

sila komen komen