Saturday, August 27, 2011

This is what I love about raya

This is for the upcoming raya. Since kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menyambut syawal yang mulia. Ya Allah pantas sungguh. Pejam celik cuti semester dah semakin hampir berakhir. So this gonna be my last entry sebelum saya bertolak pulang ke kampung halaman besok. Oh lupa doakan kami sekeluarga selamat sampai dan kembali ke sini nanti ye ! Memandangkan raya dah hampir persiapan pun dah sempurna hati pun dah melonjak-lonjak tak sabar nak raya . So, saya mengambil peluang ini untuk memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Tersalah kata mungkin mulut hanya tahu berbicara kadang buat orang lain terasa , saya nak mintak ampun sempena bulan yang mulia ini. Halalkan semuanya .

Bila dah cerita pasal syoknya raya ni , memang tak dinafikan benda yang saya paling excited dari kecil sehingga sekarang adalah pulang ke kampung. Tak kisah lah bila kat kampung tu malam raya memang wajib kat dapur tak boleh pegang handphone. Namun sanggup je tinggal cerita yang best-best malam raya demi kuah kacang yang wajib kena siapkan untuk makan pagi raya. Tu bab makanan, belum masuk bab iron baju untuk satu family besar lagi. Bila kat kampung ni semua ada dari yang bayi sehingga lah yang paling tua . Seronok bukan main lagi. Meriah memang tak payah cakap lah. Kecoh sana sini dengan hilai tawa , tangisan dan rengekan bayi. Dengan dentuman meriam, mercun memang sangat meriah. Kalau dulu asal balik kampung je mesti teruja nak main bunga api, kalau ada mercun pun main yang paling selamat. Play safe. Mercun yang picit lepas tu baling. Then dia akan meletop macam katak yang kena pijak dengan kereta. Bunyinya 'poop' langsung tak mencabar keperempuanan. Tapi tu dulu -dulu-dulu sekarang asal balik kampung mesti wajib kat atas rumah samada sediakan apa yang patut / gotong -royong memasak kat dapur. Semuanya berubah bila dah semakin meningkat usia.

Anda pula bagaimana ? Mesti banyak cerita zaman kanak-kanak time raya nak kongsi sama-sama kan ? Apa pun saya ucapkan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba dua tiga hari lagi dan semoga kita semua diberkati dan dirahmati olehNya.

p/s : Semayang raya jangan lupa. Sekali setahun je. Rebutlah peuang keemasan ini untuk mintak keampunan dan doa daripada Nya. InsyaAllah semoga kita semua diberkati. Amin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Muka teruja raya tahun ini. :)

xoxo,
tengku aten & keluarga

1 comment:

sila komen komen