Monday, August 8, 2011

Resepi ramadhan ringkas


Sup sayur 

Bahan-bahan

  • 1/2 ulas bawang putih (tumbuk )
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk )
  • Stock ayam
  • Udang / Isi ketam secukupnya (boleh guna ayam/daging)
  • 1/2 biji tomato (potong 4)
  • Sayur sawi secukupnya
  • 1 batang cili hijau/merah
  • 1/4 capcicum kuning / merah 
  • Sayur kobis 
  • Gula, garam, 
  • Air secukupnya 
  • Sos tiram
  • minyak 
  • soo hoon

Cara - caranya


  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang sudah ditumbuk lumat. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan udang / ayam dan kacau . Biarkan sehingga isi ayam dan udang itu masak. 
  • Masukkan air, stock ayam, sos tiram tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur kobis dan sawi tadi. 
  • Masukkan cili, capcicum dan tomato tadi dan kacau. Gula dan garam. Akhir sekali masukkan soo hoon. Jangan masak sayur terlalu lama nanti dia kan lembik dan hilang zat. 
P/s : Untuk bagi nampak sup korang lebih menarik gunakan capcicum yang berwarna kuning / merah untuk memvariasikan lagi warna sayur-sayuran dalam sup sayur korang tu. Cubalah ! Ringkas dan mudah. 

xoxo,
aten NERD

1 comment:

sila komen komen