Friday, August 12, 2011

Ramadhan

Baru saya sedar sepanjang ramadhan ni masih tiada entry special untuk bulan yang mulia dan penuh keberkatan ni kan. Semua post berkisar tentang hal-hal dunia. Jadi saya kira masih belum terlambat untu saya buat post ucapan ramadhan ini. Selamat menyambut bulan ramadhan di mana bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati di bulan yang mulia ini. Sepanjang ramadhan ini kita dapat menjalankan amal ibadat seperti solat terawih dan membaca al -quraan di mana setiap amalan sunat dilipat gandakan pahala menjadi seperti amalan fardhu. Oleh itu, jumlah sama-sama kita memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. InsyaAllah semoga kita semua berjaya menempuhi bulan ramadhan ini dengan jayanya.

Subhanallah. Hanya itu saya dapat katakan semasa melihat budak yang berusi dalam 7 tahun membaca  Al-Quraan sementara menunggu azan isya' ketika menunaikan solat terawih di Ihya' Ramadhan, perkarangan stadium Kota Bharu.
Semoga suatu hari nanti saya dikurniakan anak yang soleh & solehah seperti kanak-kanak ini. Sungguh kagum .
salam ramadhan,
tengku aten

No comments:

Post a Comment

sila komen komen