Tuesday, August 16, 2011

Inspired by RASA-RASA TV9

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa kan ? so tinggal 14 hari je lagi nak raya . Jyeahh ! Takk sabar kan nak raya. So korang baju raya semua mesti dah siap kan ? Macam biasa saya tiap-tiap tahun akan beraya di Kemaman even menetap kat Kelantan sebab ibu saya orang Terengganu. Berbalik kepada tajuk entry saya pada hari ni, minggu lepas saya tengok rasa-rasa kat TV9 , pengacara dia Anis Nabilah yang cmel tu. Kagum sebab muda-muda lagi dah boleh jadi chef kan. Memandangkan mengidam bila tengok si Anis ni masak ayam masak rose minggu lepas, saya pun bercadang untuk mencuba resepi ayam masak rose untuk juadah berbuka hari ni. Sebenarnya kalau mengikut Anis, ayam masak rose ni di hidang dengan nasi jagung tapi disebabkan saya tak plan nak masak nasi jagung plus malas nak drive keluar cari jangung semua tu . So saya just try lauk nya sahaja. Inilah hasilnya.


Bahan-bahan :


  • 2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng
  • Minyak masak
  • 3 biji bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 genggam cili kering (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar) 
  • 1cm lengkuas (dikisar)
  • 2cm kunyit hidup (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (dikisar)
  • 1 tin sup tomato
  • Gula
  • Garam

Cara penyediannya :


  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis. 
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan sup tomato, garam & gula. 
xoxo,
aten NERD

6 comments:

  1. saya pakai resepi je. hehe. kalau sendiri2 x reti jugak. :)

    ReplyDelete
  2. wah aten tere msk skang..bilo nak raso ni?

    ReplyDelete
  3. 2 ekor or 2 ketul?? eheheeeh u so rajen!

    ReplyDelete
  4. awak ni bajet2 je pandai masak kn =p

    ReplyDelete
  5. Anis : nampak sgt I copy directly kan. sampai tak perasan 2 ekor die tulis. Well I only masak half of the chicken. then potong kecik2. hehe. Thanks 4 ur concern dearie. <3

    Tiraaah : Aten x terer pun. Aten tgk resepi jah tu tirahh. kalu dok x reti jugok nk buat. :P

    Ejik : Jeles ke I pandai masak ? Nnt I post antar uniten nak ? :)

    ReplyDelete

sila komen komen