Thursday, August 11, 2011

Ikan keli percik


Ikan / ayam percik sangat sinonim dengan masakan orang pantai timur. Sebenarnya masakan ini tak susah pun. Paling senang rasanya sebab dalam sejam dah boleh siap satu lauk yang sedap dan simple. So, kalau korang teringin nak makan boleh lah cuba. 



Bahan-bahan :


  • 3 ulas bawang merah (tumbuk sampai lumat)
  • 2/3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 inch halia(tumbuk)
  • minyak 
  • santan
  • 2/3 asam keping
  • gula
  • garam
  • daun pisang
  • 3 ekor ikan keli
Cara-caranya :
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang sudah di tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih. Bila dah agak kekuning-kuningan masukkan santan tadi. 
  • Bila dah masukkan santan kacau sampai santan tu keluar minyak. Sampai jadi pekat. Then masukkan asam keping, gula dan garam. Perlahankan api . Kacau sehingga dia betul-betul masak dan nampak pekat. 
  • Untuk ikan keli pula, korang bersihkan then lumurkan garam dekat ikan keli td. Balut ikan dengan daun pisang dan bakar. Bila ikan tu dah agak masak. Angkat dan letak dalam pinggan. 
  • Last sekali, letakkan kuah percik tadi atas ikan keli tersebut. Siap. Selamat mencuba.

p/s : Kalau tak ade asam keping, korang boleh perahkan beberapa hirisan asam limau nipis dalam kuah percik tu. Rasanya tetap sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba. :)

xoxo,
aten NERD

2 comments:

  1. wow, ur more into cooking lately huh? chaiyok2! :))

    ReplyDelete
  2. hehe. well bulan puasa kan gee. ni je mampu nak buat. :)

    ReplyDelete

sila komen komen