Friday, August 26, 2011

Guy babysitter

Macam mana tiba-tiba tengah malam buta ni terkeluar idea untuk menaip tentang tajuk ini? Sebenarnya macam ni kalau perempuan jadi babysitter benda tu sangatlah normal . Jawapan yang selalu bakal kita dengar ' Alaa, awak kan perempuan. Mesti tahu jaga bayi/ kanak-kanak ' Namun sejauh mana kebenaran nya saya tak ketahui . Kebiasaanye kita akan dengar orang cakap perempuan memang telah dianugerahkan perasaan kasih dan sayang terhadap bayi. Jadi begitu juga dengan manusia yang bernama lelaki. Mungkin ada juga perasaan kasih dan sayang walaupun jarang kita dengar bayi suka lelaki atau sebaliknya. Bunyi macam cool kan bila lelaki pun boleh jadi baby sitter. Lagi-lagi di usia muda. Maksud saya yang masih bujang dan seusia dengan saya bukan yang dah anak empat nak masuk lima. Itu dah kira tanggungjawab anda sebagai daddycool/suamimithali okay. Selalu lelaki mesti tahu tercongok depan tv tonton bola lepas tu bila gol je jerit satu rumah sampai terperanjat bayi-bayi yang lena di ulit mimpi. Lepas tu kecoh teriakan bayi dalam rumah sebab terkejut seolah ada gempa bumi berlaku. Kesian si bayi kan kan kan ? Rupanya bukan semua lelaki tahu jerit depan tv je. Masih ada yang sanggup korbankan masa untuk baby sit anak buah sementara kakak beliau terpaksa menghadiri event penting. You're so coooooooooooooooool ! *teriak macam dekat stadium bila Shahrul Idlan Talaha jaringkan gol :)

 Perempuan mana tak cair bila tengok bayi comel di rangkul oleh lelaki bujang ? 

p/s : Bonus untuk lelaki kalau dia seorang yang penyayang dan pandai melayan kanak-kanak. So guys, kalau nampak perempuan cantik datang beraya nanti buat-buatlah rangkul bayi kakak/ abang anda tu . Confirm terus sangkut nanti. 

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen