Monday, August 8, 2011

Edisi raya

Sebenarnya masih terlalu awal nak buat post pasal raya tapi dah macam teruja gila nak raya. Padah baru seminggu puasa kan. Tapi tak apa janji semangat raya tu mesti ada. So macam mana persiapan raya korang ? Baju raya semua dah siap ? Kalau yang custom made tu mungkin lambat sikit tapi kalau beli yang ready made terus boleh dapat . Instant/ segera = mudah. Tapi kalau yang instant biasanya bukan untuk saiz orang seperti saya. Actually semalam saya pergi ambik baju kat tailor. Frust sangat bila aunty tu bagitau batik yang saya hantar January lepas hilang dalam simpanan dia . And confirm lah belum siap lagi. Dah lama saya hantar batik digital tu. Ibunya dah lama siap bila dapat tahu batik saya tu hilang saya macam dah hilang semangat sikit nak beraya. Nasib baik masih ada lg 2 mini kurung yang dah siap. Plus baju yang saya potong sendiri tu bakal di jahit insyaAllah sebelum raya. Hopefully sempat lah saya merasa my first self made baju kurung bershape . :) Saya pun baru perasan semua baju tahun ni adalah mini kurung padahal tema 2011 diorang lebih kepada chiffon dress, caftan dress serta jubah , abaya . Tadi duk belek-belek dress dekat blog ni. Cantiknya hand draw batik caftan dia. Sekali tengok dah jatuh hati. Air liur ah tap tap tap jatuh kat lantai. Hati dah mula memberontak kata nak ni nak ni. Haish. Duit tak ada tapi ada hati nak pakai hand made caftan dress. Tapi tak apa lah sekadar cuuci mata orang cakap. Tak salahkan. Jum tengok mana yang menjadi pilihan hati saya.


Antara yang paling memikat hati. Cantiknya caftan dress ni. Warna dia pon soft je. Sesuai untuk raya nanti.


Ini pun berjaya menarik perhatian saya. Tengok dress ni terus menitik air liur. Kalau dapat yang ini memang berbaloi-baloi raya tahun ini.



xoxo,
aten ramadhani

2 comments:

sila komen komen