Tuesday, July 19, 2011

senyum DONG !!!

Pagi-pagi tadi sebelum ibu pergi kerja dia tinggalkan duit suruh saya pergi pasar beli sayur. Memandangkan sekarang ni saya lah bibik, supir separuh masa, guru tuisyen, pelajar kelas menjahit semua saya . Dah macam satu package nescafe 4 in 1. Balik dari pasar tadi saya singgah dekat Billion area rumah saya ni. Masa time nak bayar , adik cashier tu tarik muncung empatbelas depa dekat saya. Eh adik manis putih melepak ? Bilang dong mengapa kau tarik muka macam tu siap hentak-hentak barang lagi ? Sekali pandang cantik jugak, siap make up pakai liptip pink lagi comel sangat di tambah pulak kalau senyum sikit mesti kalah Tiz Zaqiyah. Tapi sayang pagi-pagi lagi dah nak emo-emo. Tengok muncung die pun saya dah takot. Konklusinya sekarang kalau tak dapat nak kawal emosi tu jangan la apply jadi cashier, pergi duduk bahagian gudang/ stor kalau nak tarik muncung limapuluh depa pon tak ada siapa nak kesah. Ingat senyum itu satu sedekah even macam mana keadaan sekalipun senyum . Takpun banyak-banyak kan istighfar agar kita tak tunjuk emosi depan orang ramai.


see ? kan manis kalau senyum .

p/s : Lupa nak beli santan. Mcm mn nak buat kari nanti ? -.-' 

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen