Wednesday, July 13, 2011

Selamat berkenalan dunia jahitan!

Dah seminggu rupanya blog lapuk saya ni  kering tanpa sebarang coretan. Entah kenapa macam hilang mood untuk berkata-kata . Padahal macam-macam hal yang berlaku sepanjang tempoh seminggu ni. Ada yang suka dan duka pon tak nak kalah. Dia pun nak tumpang menyelit untuk 'menyeri' kan lagi seminggu saya yang sepi tanpa kata ni. *sigh .

Ahad dan Isnin yang lepas saya dah mula kelas menjahit. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Cikgu dia pon first impression macam garang gila tapi bila dah kenal oh baik rupanya. Berbaloi dengan harga bayaran. Hmm, kalau korang berminat boleh lah join kelas dia dekat building opposite to Hotel River View. Tingkat 2 Jalan Tok Hakim, nama tempat tu Bunga Merah Kelas Menjahit. Masa mula-mula saya pergi cikgu tu mintak saya salin ukuran baju dan buat lukisan baju, skirt dan lengan baju. Dah settle semua esoknya pulak dia dah mula ajar saya ukur badan sendiri. Then tambah bahagi tolak dapat lah ukuran untuk baju saya. Kena sketch ukuran baju , skirt dan lengan baju sendiri. Memang agak mencabar sebab selama ni saya tahu hantar baju dekat tailor cukup masa pergi ambik. Bila dah belajar sendiri baru tahu macam mana susahnya . Tapi tak ada lah susah mana pun mungkin sebab saya baru nak berkenalan dengan dunia jahitan.

Ini hasil 2 minggu mengikuti kelas jahitan. 
Ini adalah dasar baju & skirt mengikut ukuran saya sendiri. 


Itu je kot untuk kali ni. Jumpa lagi nanti. 

salam sayang,
aten NERD

2 comments:

  1. aten where did ur fb go? :/

    ReplyDelete
  2. Henti rehat kejap gee. It wont be long. I ll be back when im totally fine. :)

    ReplyDelete

sila komen komen