Tuesday, July 19, 2011

Pearl Kids

Ini bukan karangan bergambar. Memandangkan saya malas nak membuat karangan satu muka surat so setiap gambar saya selitkan ceritanya. Terpengaruh dengan penulisan kanak-kanak sekolah rendah. Sejak dua menjak menjadi cikgu tuisyen ni. Rindu nak tulis-tulis karangan macam zaman sekolah dulu. 



Jangan tanya saya ni anak bangla mana sebab awal-awal lagi saya nak mengaku dia adik bongsu kesayangan semua orang kat rumah yang berumur sepuluh tahun. Tapi mulut potpet2 mengalahkan saya yang berumur 21 tahun. Kalau saya cakap A ada je jawapan dia. So hari ni saya kenalkan adik bongsu saya Habib . Tengoklah cara dia say hye dekat korang , annoying kan ? Nasib baik comel macam kakak dia. :) 


Habib join program Pearl Kids anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Masa saya , khairul dan sheh kecik-kecik dulu kitorang hanya join swimming melalui kelab dekat sekolah. Tapi antara kami bertiga khairul sorang je yang paling cool sebab dia pernah lah sekali join tournament wakil sekolah peringkat Kota Bharu. Saya dengan sheh hanya pass untuk selamatkan diri je. Tak mampu untuk join mana-mana tournament. Loserkan saya. -.-'


Ini lah tempat kami berlima swimming dari zaman saya sekolah rendah sampai lah sekarang zaman adik saya pulak. Tak silap, saya mula join swimming seawal 9 tahun. Masa tu darjah tiga. Tijah antara orang yang paling terrer swimming time tu. 


Tiga budak yang kurang cerah. Saya pun perasan habib makin gelap sejak join swimming. Korang imagine lah pukul 4 petang da turun training. 


This is our Hero kecik yang sedikit gelap. :) Tak apa hitam itu manis. :) 
You look more manly. 


This is one of the coach. Coach pun tiptop lagi. Warming up before training .


Okay ini adalah coach saya masa saya kecik-kecik dulu. Last saya join swimming masa form 4. Time tu  still Cikgu Ali yang ajar. Tapi dia maintain handsome. Saya je yang makin melebar .


Cuba tengok adik saya dah berkilat dah . Tu yang tembam comel bulat tu nama dia El-Haziq.


Few girls from different school yang turut join prog pearl kids. 

p/s : Rindu zaman kanak-kanak dulu. Zaman tak ade lemak sana- sini. :)


xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen