Friday, June 3, 2011

Summer and I

Memandangkan sekarang ni suhu di Kelantan sangat lah tinggi sampai baju kat ampai tu kejap je kering. Dua tiga hari ni tekak saya pon dah terasa pedih dan sakit. Nak telan makanan pun tak syiok dah. Ada can nak kurus kalau macam ni. Hee. Tapi tak jugak seronok sebab perit gila even nak minum air pun cam tak terminum. Hmm. Jadi disebabkan tiap kali saya bangun pagi dengan tekak yang sakit sampai rasa nak demam . Ibu cakap kalau tak nak bagi sakit tekak kerapkan minum air masak. Sekarang ni sebelum tido saya akan minum air masak banyak-banyak supaya badan saya tak hydrated. Tadi pagi ibu saya ajak temankan dia pergi beli barang-barang dapur kat Tesco, selepas berbelanja kami singgah dekat Kenny kejap untuk breakfast kali kedua. Actually saya yang breakfast kali kedua. Bukti mengemuk saya di rumah. Tapi kali ni saya makan sandwich je. Dan dan dan saya jumpa ubat sakit tekak paling mujarab kat sini. Yehaa.

Healthy bites from Kenny  Roger's . Egg'cellent' sandwich served with coleslaw. 

This is great, I told ya ! Ubat sakit tekak paling mujarab. Mango Magic Yogurt Iced Blends. Kalau korang sakit tekak boleh la cuba. Memang mujarab. 

Terbaik ! After my second breakfast berat hanya berkurang 100grams. Menyesal pulak breakfast sampai dua kali pagi ni. Ini lah hasil dia makan banyak. -.-' Diet tak menjadi. Even dah jarang makan malam sekarang ni. Masih tetap sama.

Oh lagi satu instead of Vitamin C tablets, Strepsils, korang boleh try orange. Memang terbukti cepat sembuh tanpa bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan. Juga tiada unsur-unsur dadah. Makan satu biji dah boleh buat tekak korang selesa. Tak percaya boleh la cuba sendiri. InsyaAllah berkesan.

Kalau nak lagi sedap tabur sedikit garam halus then masukkan dalam fridge. Lepas tu agak-agak dah sejuk keluarkan dan MAKAN ! Eh tapi jangan lupa bismillah. Semoga tekak korang cepat sembuh.




xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen