Sunday, June 12, 2011

perempuan, wanita ..

Mencapai 21 tahun bukan senang rupanya. Seingat saya masa kecik-kecik dulu perasaan tak sabar nak masuk 20-an sebab bila dah besar boleh belajar kat universiti, boleh drive sendri bila nak pergi mana-mana tak payah susah-susah nak mintak ibu dan ayah tolong hantarkan, boleh cepat kawen (sengal), boleh ada family sendiri. Tapi itu semua pemikiran budak kecik. Rupanya apabila diri sendiri dah mencapai usia 21 tahun. Jiwa ni dah jadi lain. Mahukan perubahan, kematangan, pengisian dan sebagainya.Tambah lagi apabila anda seorang perempuan yang berusia 21 tahun. Sumpah banyak kemahiran yang anda perlu tahu seusia ini. Contohnya, memasak, menjahit atleast pandai jahit butang baju pun dah kira bagus, tak masuk lagi bab mengemas, pengurusan diri , susun jadual dan sebagainya. Pemikiran kolot zaman kanak-kanak saya, bila besar belajar rajin-rajin kerja nanti tak payah lah belajar masakkan bu. Biasanya pertanyaan saya akan dijawab. Kak, perempuan ni belajar tinggi mana pun memasak kena pandai. Tak adalah sampai nak masak as if you're a chef but at least you need to know how to make sup ayam, kari daging, sayur goreng, senang cerita satu complete set healthy meal untuk lunch and dinner. Itu adalah ukuran sama ada anda lulus untuk kahwin atau tak.

Masa kecik-kecik asal ada orang tanya awak anak no brape. Dalam hati berat je nak cakap saya anak sulung. Bukan sebab apa, cuma saya teringin nak jadi anak bongsu. Yelah zaman kecik-kecik kalau jadi anak sulung memang tak cool sebab semua benda dia kena buat. Saya tahu la sebab saya ada lagi 4 orang adik. 3 lelaki sorang perempuan. Kalau masuk je tengahari hujung minggu orang pertama yang ibu saya akan cari adalah saya. Sebab nak kena tolong ibu kopek bawang, tumbuk seang cerita kalau dah masuk pukul 12 tengahari dah boleh say bye dekat adik-adik yang tengah syok bergusti. Adoi, tak puas main lagi dah kena masuk dapur. Tambah pulak bila ibu cakap dulu masa ibu umur kakak, ibu dah pandai buat semua taw. Lagi lah rasa macam alamak. Tapi sedar tak sedar semua itu adalah latihan. Alhamdulillah, bila dah besar kita sendiri akan tahu tugas kita apabila tengahari nak perlu ada kat dapur masak nasi, sediakan lauk untuk keluarga makan. Tak payah nak suruh-suruh lagi. Kadang bila malas mesti akan cakap dekat diri sendiri yang walau macam mana sekali pun , aku kena pandai masak sebab one day I wanna cook for my husband better than I do now.

Bila dah fikir banyak benda yang belum tahu, insyaAllah akan jadi bersemangat untuk memasak.

Till then, babai. :)

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen