Saturday, May 7, 2011

Kemaskini segera

Hari ini tergerak pulak hati nak menaip. Rasa macam dah sekian lama tak menaip. Dulu jari yang tak berapa nak runcing ni laju je menari atas keyboard tapi sekarang sudah berkurang. Banyak lagi komitmen lain yang penting. Mungkin. Hari semalam kami kami telah turun gelangang untuk main futsal. Pergh Aten semangat gila. Macam lah dia terror sangat main. Tak sampai setengah jam main dah pun pancit. Teehee. Memandangkan ini kali pertama saya turun gelangang sepanjang dua semester ini tahniah diucapkan sebab berjaya sepak bola walaupun jerit lebih kuat daripada jaringkan gol. Perempuan kalau main bab jerit tu mesti ada. Habis kalau tak nak jerit-jerit pergi menyelam lah. Baru lah blup-blup je keluar. Bangun tadi otot-otot paha, betis, perut serta luka ditangan dan lutut ketawa riang. Haa, tu lah nak main sangat. Kan dah boleh penyakit. Mandi pagi tadi perghh pedih siot. Tahan je lah. Itu lah adat bermain. Ibu cakap kalau tak nak sakit takyah main la. Maaf belum ada gambarnya lagi dong. Nanti saya upload once Kak Faz dah masukkan dalam facebook dia okay. Barang belum habis kemas lagi ni. Semalam dah 3 kotak selamat dipunggah ke dalam stor perwira. Hari ni tinggal beberapa kotak dan luggage berbaki. Besok dah gerak pegi KL dengan Susi, Shida, Tira, Rina dan Fatah. Lusa balik Kelate. Tak sabar tak sabar. Itu sahaja untuk kali ini. Babai dong sayang !


p/s : Do pray for our safe journey. Ameen.

xoxo,
aten NERD

1 comment:

  1. hang dtg sini singgah uitm shah alam mehh

    ReplyDelete

sila komen komen