Tuesday, May 10, 2011

Hari pertama

Rasanya macam dah cukup 24 jam kini saya berada di rumah. Alhamdulillah tadi pagi lepas subuh seperti yang di hajatkan semalam nasi goreng telah berjaya menjadi santapan pagi tiga orang adik dan ibu yang ingin ke sekolah. Seronok bila tengok semua pinggan licin tanpa berbaki. Sedap agaknya . Hee. Berbalik kepada cerita asal entry malam ni. Persoalan pertama yang timbul . Apa perasaan awak bila dah berada kat rumah ?


1. Seronok. Memang lah seronok bila dah berada kat rumah sendiri. Siapa tak seronok bangun pagi je bukak mata terus nampak mak ayah adik-adik depan mata. Terus hilang rindu.

2. Bahagia. Ini perasaan yang paling mantap sekarang. Mana tak bahagia orang yang kita sayang semua berada dekat dengan kita sekarang. Dalam hati ada taman. Siapa tahu. :)

3. Sedih . Eh apa kes pulak mek ni tetiba nak emo sesorang cakap sedih ? Okay sebenarnya bila kat Batu Pahat saya di kelilinggi orang-orang hebat. Siapa orang hebat tu ? Mereka ialah rakan-rakan, ahli debat, teman serumah, jiran seblok, makcik cleaner, Wak dan pekerjanya. Sungguh rindu gila kat mereka-mereka ini walaupun baru sehari di Kelantan. Orang cakap kalau sayang tinggal-tinggalkan ?  Eh tak gitu ke peribahasanya. Hee. Tapi bila dah kat Kelantan ni rasa macam tak sabar pulak nak balik UTHM lagi empat bulan.

Itu je kot perasaan yang dapat saya gambarkan sekarang ini. Ini ada beberapa pesanan untuk Susi dan Riena. Jika anda terbaca blog saya terima kasih atas segala nasihat yang telah berjaya membuahkan satu persoalan terhadap keseronokan saya selama ini. Terlalu leka . Mungkin. Kadang-kadang bila kita berada dalam tempurung yang sama, kita tidak akan sedar perbuatan kita. Mungkin orang dari luar tempurung itu yang akan nampak. Saya percaya masih ada ruang untuk saya perbetulkan segalanya. Dan saya percaya tiada manusia yang sempurna. Kesalahan mengajar kita erti kehidupan sebenar.

p/s : Tadi saya dapat text daripada Atira. Dia bakal pulang ke Sabah besok pagi. Tolong doakan keselamatan rakan debat saya itu. Semoga selamat perjalanannya dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Safe journey Tira dearest ! Gonna miss you. Tiap kali meneguk coke mesti akan teringat dekat Shida dan Tira. King of Coca Cola. Hee.

xoxo,
aten NERD

1 comment:

sila komen komen