Saturday, May 14, 2011

catatan mingguan

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana hari ini sudah masuk hari ke lima saya berada di rumah bersama keluarga tercinta. masih lagi seronok walaupun kadang saya terasa rindu dengan pekan kecil Parit Raja tu. Tiap-tiap malam benda wajib buat adalah tengok balik gambar bersama rakan-rakan tercinta. Rindu sungguh. Jauh tersasar nampaknya. Kali ini saya ingin memaparkan catatan mingguan saya. Memandangkan saya tidak berkesempatan untuk update vlog secara harian jadi entri kali ini saya mampatkan denagn beberapa cerita.

Bermula dengan hari pertama saya di rumah. Usai solat Subuh saya terus mencapai kuali menyediakan santapan untuk adik-adik. Lunch ada kakak yang kerja dengan kitorang.

Masuk hari kedua hingga ke empat, lepas je subuh saya sambung tidur kejap. Lepas tu bangun siapkan apa yang patut dan dan sediakan lunch. 

Hari ni . Okay hari ni saya disuruh ibu menghadiri kursus ibadah solat dekat pejabat ayah. Bukan saya tak nak pergi tapi bayangkan la kalau dah kat situ semuanya baya ibu-ibu aje segan la jugak saya ni kalau sorang-sorang. Pagi tadi lepas subuh, saya baru je nak tarik comforter ayah switch on lampu bilik. Isyarat suruh bangun dan perlu bersiap. Seharian menghadiri kursus tadi Alhamdulillah banyak yang saya pelajari. Banyak bacaan yang saya rasa betul selama ini rupanya tak. Untung jugak saya pergi kursus tadi. Makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu rupanya. Semoga cuti empat bulan saya ini bermanfaat dengan aktiviti yang berfaedah serta tidak lupa juga pengisian ajaran-ajaran agama Islam. InsyaAllah.

xoxo,
aten NERD


1 comment:

sila komen komen