Friday, May 27, 2011

baby R us

Malique oo Malique. I heart you !

Sekarang mesti korang faham kan kenapa tajuk entry kali ni macam ni. Bukan toyRus taw. Ini baby R us. Seriously saya adalah pencinta bayi yang amat. Tak kesah la comel ke tak tapi asal nama baby je memang semua saya ambik peluk cium. Agak kebetulan biasanya baby pun menyukai saya. Tak kira jantina tapi biasanya yang berjantina lelaki lebih gemarkan saya. Sebab bayi lelaki ni kecik-kecik lagi dah pandai nak perempuan perempuan comel je yang dokong . Err, saya ni tergolong dalam kategori perempuan comel ke ? Okay jangan muntah lagi. Sekadar bergurau. Mungkin kebetulan. Baby yang saya cium tu cousin saya yang paling muda buat masa sekarang ni. Umur baru mencecah 9 bulan tapi dah mula berjengket-jengket bejalan. Yang kelakarnya dia berjalan macam ketam, asyik menyeget ketepi aje. Comel sangat. So semalam saya temankan adik pergi ambil nenek dekat rumah mak cik. Well masa saya mula-mula sampai cinonet ni tengah tidur dalam bilik. Bila dia bangun dia buat jual-jual mahal pulak. So apa lagi saya buat dunno je main dengan abang-abang dia tak sampai lima minit dia merangkak datang dekat saya. Mintak saya dokong. Comel je. Apa lagi saja je nak test  market budak kecik. Senyum sikit dah cair kan. Baru nak jual mahal dah pun tersengih-sengih mintak dokong. Bila tengok baby rasa macam tak sabar nak ada anak sendiri. Opps ! terlebih sudahh. Degree pun belum habis lagi dah fikir baby. Boyfriend pon tak ada. Tu lagi lah masalah. Macam mana nak kawen ? Jauh tersasar, okay berbalik pada cerita tadi ada siapa-siapa nak suruh saya baby-sit anak dia tak cuti-cuti ni ? Rasanya terisi jugak masa saya at least. 

I miss hugging this boy. I miss Malique.

      
Alolo nyomel-nyomel pisat-pisat mata. Ee, geram nak geget pipi gebu dia.

p/s : Sorry, baby hanya ber-diaper akibat kepanasan .

xoxo,
ate NERD

4 comments:

  1. sweet la aten....comel giler dia.cam nak picit picit jer.hahah.sedap aku jer nak picit anak org =p

    ReplyDelete
  2. haha. meh picit aten pon xpe. aten pon comel jugak. haha. *justkiddin

    ReplyDelete
  3. hahaha..ok.aku picit jagan nangis ar.hahhahha

    ReplyDelete
  4. hahah...nak jadi baby sitter [ulok doh...aten2...aku ade rmai gila anak nak kne jga ni...ko xnak tulong baby sitkan anok2 aku ke??

    ReplyDelete

sila komen komen