Saturday, April 30, 2011

Semalam

Enough said. I just love all of it.

Senyuman semalam semalam masih berbaki hari ini. Walaupun seharian saya tidur hari ni tapi masih lagi terasa keindahan hari semalam. Okay kisahnya semalam saya dan budak-budak debat lepak secara besar-besaran buat kali keberapa kalinya-tidak-terkira. Memang sangat seronok dan sumpah akan rindu korang sampai bila-bila. Sungguh. Sebenarnya entry ini hanya pengemaskini-segera (quick update) sebelum saya mula bertukar menjadi si nerd bersama buku bahan kejuruteraan dan matematiknya. Sangat tidak sedar diri kan, even minggu peperiksaan masih lagi sempat untuk membiarkan tangan menari riang di atas papan kekunci ni. Bukan begitu, ini adalah salah satu cara untuk mengambil mood belajar supaya sampai ke tahap maksima. Dah sah menipu ( amaran : lampu merah mizan bernyala ) Aksi-aksi semalam belum sempat lagi dimasukkan sebab semua aksi dirakam menggunakan kamera berteknologi tinggi Kakak faz kesayangan. Kak Faz, dah rindu la. Ecece manja sangat. Padahal baru seharian menjoyah bersama. Tak sabar rasanya nak upload semua gambar semalam. Bahagianya hidup dengan gelak ketawa Shida dan Tira yang tak pernah puas menceriakan kami semua. Zillion- zillion thanks diucapkan kepada korang yang sudi datang memeriahkan hari semalam. Sumpah seronok gila. Dengan gelagat masing-masing. Sedikit ringkasan dengan apa yang terkesan pada saya dari anda semua :

Kak Faz : Saya tak nak kehilangan senior macam akak. Terima kasih untuk segalanya. Saya sayang Kak Faz.
Abang Umol & Jimmy : Terima kasih sebab sudi datang buat kali keduanya even terpaksa meredah embun pagi. 
Tasha : Kesian awak, demam-demam pun masih mampu mengagahkan diri untuk bermalam bersama kitorang. *muax cium dahi sikit 
Tira & Shida : Ee, sumpah best hell lepak dengan korang. Dah rasa rindu padahal tak sampai 12 jam pun lagi. Sigh.
Azreen & BG : Terima kasih sebab sudi datang lepas je habis exam. Terharu .
Anbia : Woot2, lalu kubur perwira tadi teringat cerita semalam. Goose bumps.
Mizan : Tak lupa jugak buat mizan yang drive laju gila sampai kitorang tersesat kat dalam pasar. Bagus. Anda memang pemandu arah yang baik dan berjaya. 

Itu saja untuk sekian kalinya. Nanti saya kemaskini lagi selepas habis peperiksaan nanti. Dah dapat hidu bau mak ayah dan adik-adik ni. Patutlah lagi seminggu nak balik rupanya. Bahagia betul. Kertas Maths II yang killer menanti sakinah oi. Jawab baik-baik kang menangis nanti. Selamat berjaya untuk peperiksaan akhir korang. Buat yang terbaik dan jangan lupa doakan kejayaan kita semua. 


Congratulations, Kate & Wills. 


p/s : Gown yang Kate pakai tu cantik sangat. Malam ni dah boleh mimpi pakai gown putih sambil jalan-jalan dalam taman bunga. Oit, berangan sudah !

xoxo,
aten NERD

2 comments:

  1. kalau aten berangan pakai baju wana putih tue.. mesti dah ada orang nk pakai baju warna merah tue kan? weee=D

    ReplyDelete
  2. haha. bertuah la kalau ada org yg nak berangan. :)

    ReplyDelete

sila komen komen