Friday, February 4, 2011

Tamak

Okay pagi ni rasa macam nak tamak sikit sebab nak post entry lagi sekali padahal assignment banyak je menunggu. Tapi entry kali ni lebih kepada keadaan sekarang. Maksudnya sebab dah lama tak blogging. Dan blog ni pun dah tak seceria dulu jadi saya ingat nak menceriakan balik blog lapuk saya ni. Mungkin perlu edit edit sikit bagi nampak lebih comel dan tak serabut. Tapi itu semua masih dalam perancangan dan belum lagi di progress-kan. Dan tak tahu bila nak upgrade. Otak tengah serabut . Sila bertenang wahai diri ini. Jangan gundah gulana nanti satu kerja pun tak jadi. Dan saya perasan entry akhir akhir ni agak celaru biru. Tak ceria macam Hagimaru dah. Mungkin saya patut lakukan sesuatu. 

Tujuh perkara RANDOM dalam hidup saya sekarang :

1. Sudah pandai STALK wall orang. Kalau dulu hanya sekadar approve dan cakap thanks dan cukup sampai disitu. Sekarang asal online je mesti STALK wall someone. 

2. Sudah mula menyukai merah. Spec baru pun berbingakai merah dan agak old skool. Converse baru kaler merah jugak. Geeeeeee :)

3. Sudah pandai kurangkan pengambilan makanan berlemak. Perlukan diet yang seimbang untuk maintainkan berat badan. 

4. Sudah mula merindui sahabat baik merangkap BestBuddies , housemates, budak debat sekalian, Batu Pahat, coco busuk.

5. Sudah pandai melayan lagu jiwang . HAHA. *geligeli

6. Sudah mula buat list untuk siapkan assignment yang bertimbun mintak dihantar selepas cuti.

7. Sudah pandai senyum walaupun jiwa kacau sedepa tapi hati masih mintak senyum. 

Sekian dari saya kali ini. 12.02 pm. 

xoxo,
aten NERD

1 comment:

sila komen komen