Saturday, February 5, 2011

Rejeki

Alhamdulillah. Niat baik memang akan selalu dirahmati oleh Tuhan yang maha pemurah. Sebenarnya plan saya untuk cuti seminggu ni ingin berkampung di rumah nenek Kemaman memandangkan datuk saya dah 2 tahun meninggal. Niat di hati nak bercuti dengan nenek. Tapi pagi Sabtu sebelum saya dan Susi bertolak ke Kolompo , ibu text saya pagi2 lagi around 7 am gitu. Tanya kakak tak nak balik ke ? Im not feeling well. Batuk dah berminggu minggu. Saya pun dengan penuh sebak air mata berjurai laju je reply. Nanti kakak balik KB tapi akan buat dua pit-stop KL & TRG. Dah nama unplan vacation kan so tiket semua tak beli. Pagi Sabtu tu baru keluar cari tiket. Then selamat lah kami berdua ke KL. Then keesokan petangnya saya tumpang Kak Ja balik ke TRG. Dari TRG balik KB. Pejam celik dah hampir seminggu dan insyaAllah malam ni saya akan bertolak pulang ke Johor terchenta. Semoga selamat perjalanan saya hendaknya. Yang paling bertuahnya setiap kali cuti saya lah orang yang last akan cari tiket. Kalau orang lain sebok beli tiket saya buat tak endah je. Then bila last minute orang cakap tiket dah habis mula lah kau gelabah. Pastu buat plan B sebab takot kena marah ngan ayah. Tapi kali ni memang rejeki saya baik lagi sekali sebab tiket untuk pulang ke Johor ada satu yang sesat. Tadi masa ayah ibu pergi KTM die cakap ada satu tiket orang cancel. Maka rejeki saya kali ni untuk tidak merempat dalam train. Ada satu seat tempat tidur kosong. Alhamdulillah. Pengajaran yang saya dapat lain kali jangan cari tiket last minute sebab takot dah tak bertuah seperti selalunya lagi. Dan lagi satu kalau niat tu dah baik InsyaAllah macam mana pun Tuhan mesti tolong punya. :)

Jadi plan untuk melompat train tak jadi sebab dah ada tiket special untuk saya.
Tapi hati dah rasa sebak sebab cuti kejap sangat lum puas lagi dah nak kena balik Johor. Barang
pun belum pack-ing lagi. -.0 

p/s :doakan saya selamat pulang ke Johor malam nanti. :)

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen