Friday, February 25, 2011

2 semester


Surat untuk teman serumah sekalian,
 Kehadapan housemates yang cantik, baik dan cun semuanya, pertama sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada korang sebab dah berjaya memupuk nilai sayang menyayang anatara satu sama lain. Ini adalah satu kebanggan buat saya. Err ? saya ? sejak bila saya cakap saya dengan korang ? Hee. Aten laah. Okay tujuan surat ini ditulis adalah untuk memberi tahu anda semua adalah housemates terbaik aten sepanjang tempoh dua semester dekat uni ni. Tahniah buat korang. Seronok sangat bila dapat housemates yang memahami , baik , tak menyakitkan hati dan sangat sporting. Korang sangat mantap. Kalau nak cerita pasal bangun pagi memang ada je yang sanggup bersabar dengan perangai aten nak kena kejut dua tiga kali sampai aten bangun. Itu pencapaian paling terbaik untuk Tasha, Kak Kyra dan Susi. Kesabaran anda semua amat aten hargai. Korang perasan tak sepanjang tempoh dua semester bersama kita tak pernah lagi gaduh gaduh kan ? I mean having a bad big fight atau tak puas hati sesama sendiri . Sedar tak semua tu? Dan rasanya kita adalah housemates made in heaven kot. Ngee. Tapi apa pun saya bersyukur sebab mempunyai housemates yang baik macam korang. Dan tak dapat bayangkan bila semester depan semua dah kena pindah and lari rumah sewa masing masing. Sobs. Siapa nak kejut kita lagi kalau kita overslept pagi pagi ? Siapa kita nak peluk kalau time kita nangis rindu family nanti ? Siapa yang kita nak sembang pasal mimpi merepek kita ? Siapa yang nak dengar kita mengigau malam malam ? Siapa  siapa ? Sobs. Sedih lagi. Kalau boleh nak stay satu rumah lagi semester depan sebab aten dah selesa dengan perangai korang.  Dan saya rasa korang sangat tidak bermasalah. Diharap lepas ni kalau dah berpisah, masing masing tinggal rumah asing diharap kita takkan lupakan persahabatan antara kita ini sampai akhir hayat. Dan Tasha saya bangga untuk awak. Dah pandai jatuh hati ek sekarang ? Tapi takpe sha. Jatuh hati tu perkara biasa dan tiada apa yang awak nak malukan. Susi pulak saya doakan awak dapat yang terbaik sebab awak sangat baik dan nanti saya akan jealous kalau awak dah ada boyfie sebab awak je yang selalu berkepit dengan saya 24/7. Jie ni ramai scandals. So jaga baik baik scandals tu. At the end pilih yang terbaik untuk dijadikan teman hidup. Akak kyra pulak lagi dia marah lagi nampak sexy. Serious kak, kita rasa akaklah wanita paling sexy kalau marah . Lagi lagi kalau marah kita mesti kita rasa nak tergelak tapi tahan je. Last sekali, Kak Ja . Memandangkan akak dah berkeluarga saya rasa akaklah yang paling bertanggungjawab dan paling matang antara kami. Dan akak yang paling cun walaupun dah ada anak sorang. So saya doakan akak berjaya dengan  apa yang diimpikan selama ini. Amin. Dan saya rasa saya patut masukkan nama korang dalam senarai kesyukuran saya . Saya bersyukur sebab mempunyai housemates yang baik dan cantik macam korang. Muaaaax.

xoxo,
aten NERD


p/s : semalam saya mimpi seorang perempuan yang 
saya tak kenal tapi kami saling tegur menegur. Pelik.
Bangun tadi buat saya termenung kejap. -.-'

1 comment:

  1. love it....even if i hv bf, u still in my heart..hehehe...

    ReplyDelete

sila komen komen