Wednesday, January 26, 2011

tabiat

Tabiat atau habit. Bercerita tentang tabiat ni semua orang ada tabiat masing masing begitu juga dengan saya. Ada tabiat elok dan ada yang tak. Contoh tabiat yang kurang elok gigit kuku. Mesti korang pun pernah tengok orang yang suka gigit gigit kiku ni kan. Dan ada jugak yang suka sendawa kat mana mana tak kira tempat. Itu lagi satu tabiat yang kurang sopan. Dan tu ada jugak yang suka kentut kuat kuat dekat public. Ciss kurang siuman betol. Ada tau saya pernah jumpa orang macam ni. Dan ada lagi satu tabiat zaman saya sekolah dulu ada sorang budak ni (maaf nama perlu dirahsiakan ) dia suka korek hidung lepas tu calit dekat bawah meja. Ohmaiiii jijik hell tapi dah jadi macam habit budak tu kot. Dia pulak seorang yang pendiam dan jenis yang tak ramai kawan. Tapi kesian jugak bila fikir balik mungkin sebab dia suka korek idung pastu ramai yang tak nak kawan dengan dia. lagi satu tabiat buruk yang saya pun kadang kadang selalu buat ialah lepas subuh tidur balik. Tapi kalau kat rumah pukul 8 ibu dah kejut suruh bangun. Pernah dengar tak orang tua tua cakap kalau bangun lambat rezeki susah nak masyuk dan ada jugak yang cakap kalau tidur lambat muka akan jadi kedut dan nampak lebih tua dari usia sebenar. Maknanya kalau usia korang 17 korang akan nampak sepuluh tahun lebih tua. OMG 27 ? Hadoi. Tuanya. Cakap pasal tabiat ni saya pun ada jugak tabiat buruk. Hee. Tabiat baik pon ada laah cuma taknak perasantan kat sini je. Mentang mentang lah blog ni kau yang punya nak propa je lebih cerita semua kebaikan tapi sorok keburukkan. Tapi sekali sekala perlu jugak share untuk jadi dijadikan bahan gelak bersama. 

Bermula dengan waktu pagi, tabiat saya sejak dulu sampai sekarang masih tak berubah ialah bangun pagi  kena ada orang kejut sambil tarik tangan atau cuit sampai saya tersedar. Kalau kat rumah ibu yang selalu tarik tangan saya sampai saya bangun tapi kalau kat sini Tasha dan Susi yang take over tugas tu. Bila dah bangun saya akan bergegas turun dari katil double deck yang separa usang tu capai towel dan menuju ke tandas. Dalam tandas tu saya akan buka air dan termenung dulu tengok air. Adoi sejuknya macam mana aku nak mandi ni *dalam hati. Bila kaki dah kena air tu baru saya berdiri bawah shower tu then mandi. Sebab tu kadang kadang saya ambil masa yang lama kat dalam toilet sebab terpaksa tenung air tu dulu untuk menghilangkan rasa sejuk. Dan kalau dulu masa kecik keik suka gentel hujung baju sampai tertidur. Alaa korang pun mesti ada jugak habit yang kelakar kan macam cium bantal busuk pastu baru boleh tidur. Kan kan ? HAHA. Sekarang tabiat tu dah tak ada lagi. Malunye bila ingat balik. Tapi saya lebih suka sapu minyak atau lotion baby johnson sebelum tidur sebab bila bau baby saya akan tidur lebih nyenyak. Kalau tak caya korang boleh try nanti. Sapu sedikit bed time oil yang johnson colour purple tu. Confirm tidur korang akan berkali kali lebih nyenyak. Sebab tu la kadang kadang terlewat bangun sebab tidur nyenyak sangat. 

Gigit jari. 

p/s : Gigit kuku nampak comel kan ? Ngee. 

xoxo,
aten NERD


No comments:

Post a Comment

sila komen komen