Sunday, January 9, 2011

Saturday heaven

Selamat pagi. Walaupun sedar dah nak masuk tengah hari tapi tak ape saya nak cakap jugak selamat pagi. Selamat pagi rakan rakan semua. Saya tahu mesti korang pun jenis ' orang pagi ' atau dalam bahasa kampungnya kita panggil morning person macam saya kan. Nampak sangat bangun pukul 10 lepastu ada hati nak cakap ' sorry, im a morning person ' . Tak baik menipu aten. Kalau dah lewat tu mengaku je la. Orang faham sebab hari ini masih lagi hari minggu. 

Maka hari ini saya nak berkongsi kegembiraan saya seharian suntuk semalam. Sabtu saya memang sangat syurga. Even pagi pagi buta lagi Tasha dah kejut. Aten bangun mandi. Siap mandi make up- make up ( HUH gedik sungguh. Nak pergi latihan debat pon make up bagai ) Eh eh tak, bukan make up ala ala artis nak pergi function tu. Saya just pakai bedak, calit liptip sikit kat bibir yang tak berapa nak mungil ni lepas tu sembur wangi wangian sikit . Dah siap. Lepas tu macam biasa , menuju ke cafe. Carik makanan untuk alas perut sebelum menghadiri latihan. 

Sebenarnya malam sebelumnya saya dan Tasha becadang untuk pergi jogging sebelum latihan debat tu. Tapi memandangkan saya dah terlewat bangun. So, terpaksa lah kami membatalkan niat. Tapi saya ngan Tasha cadang nak jalan kaki je dari Perwira ke Induk. Yelah ala ala jogging jugak kan. Cuma kami berjalan. Jadi, selepas mendapatkan breakfast di cafe saya dengan si Tasha ni berjalan keluar untuk ke Induk. Mula - mula tu macam malas je nak tunggu bas sebab lambat sangat. Kami decide untuk jalan kaki je. Pergh, hebat lah sangat nak jalan kaki pergi Induk. Tak sampai separuh jalan ada bas untuk ke Induk datang. Saya dengan Tasha apa lagi tak jadi lah nak buat jogathon ke Induk. Tapi at least tercapai jugak hajat pagi tu nak jogging dengan si Tasha ni. 

Dah sampai Induk kami berdua bergegas ke HEP, sebab kat atas tu ada bilik DEBAT. Masuk je tengok Amirul sorang je yang baru sampai. Terpegun kejap sebab Amirul yang jalan kaki ini dapat datang lagi awal dari kitorang. Tunggu semua datang then barulah Abang Awang dan Kak Faz decide semua orang harus pilih satu tajuk untuk bentangkan dalam masa beberapa minit. Senior kata dia nak tengok tahap kefasihan.

Pejam celik dah satu semester saya sertai debat. Kali pertama saya masuk dengan berkat bimbingan dan tunjuk ajar yang tak pernah jemu dari senior saya Kakak Faz & Elly pasukan kami berjaya masuk semi final pertandingan Debat Piala TNC tahun lepas. Perjuangan bermula di situ. Penat lelah senior yang asyik turun Perwira semata mata nak tengok junior datang memang berjaya buat saya terharu. Ya Allah dulu kalau Kak Faz cakap je ada senior nak datang tengok kitorang latihan memang saya akan jadi gelabah gila. Sebut je nama Abang Hakim dengan Abang Janifal memang serius saya rasa nak tercabut jantung. Cuak sangat. Orang cakap senior senior garang. So sebagai junior memang saya akan rasa cuak bila orang cakap macam tu. Padahal bila dah kenal memang jauh pangang dari api. Senior debat semua baik baik dan sangat supportive. 

Kalau korang nak tahu, rasanya performance saya yang paling choii setiap kali ada mock. Ada je yang tak kena. Kadang tu saya tergelak, kadang tu saya tergagap lah ape lah. Tapi senior memang tak pernah down kan kitorang. Setiap kali latihan mesti ada saja kata kata membina untuk memajukan kami. Rasanya memang tak terbalas kot jasa dorang. Yelaaah, daripada zero kepada boleh bercakap walaupun tersekat sekat. Ini menunujukkan satu peningkatan yang positif. Tahniah untuk diri sendiri. Kalau dulu nak berucap memang tak lah kan. Tapi sejak masuk debat kalau ada pembentangan Alhamdulillah saya dah boleh bangun dan bercakap dengan yakin walaupun tahu kadang kadang fakta tu salah atau pun merepek repek. Tapi tak pe at least kau dah berjaya bangun dan bercakap depan orang ramai. 

Eh dah banyak membebel rupanya, jum saya cerita macam mana hari sabtu saya semalam. Alhamdulillah sabtu saya semalam memang terbaik. Macam biasa la tiap kali ada latihan semua pendebat tak kira junior mahupun senior akan turun padang. Abang Awang dan Kak Faz yang selalu handle junior biasanya. Abang Hakim pon datang semalam. Dan memang tak percaya rasanya hubungan kami sesama ahli dah semakin akrab. Maksudnya dah boleh bergurau senda kalau dulu nak bergurau pun segan segan. kalau dulu pandang pandang jeling jeling je. Tapi sekarang dah boleh bertepuk tampar manja manja dengan senior semua. Kalau dulu asyik buat muka skema je tiap kali berdepan dengan dorang. Tapi sekarang semua dah jadi macam satu keluarga. Sangat seronok.

' Debating is not about nagging or babbling , it is completely about delivering and talking '
- Muhammad Hakim bin Zainal 

OMG OMG gojesnye siapa ni ?
Ini ialah senior saya.
Fazrina Zifa Zaukani.


Jimmy, Elly, Amirul.
1st mock.

Sofea, Abang Awang
This is the 2nd mock of yesterday


3 gadis manis.
Shasha, Tyra, Sofea

Ini junior perempuan. Geng IDB.
Dari kiri : Sha, Thira, Aten, Tasha, Shida

Aten n Tasha
Oh nampak sedikit kurus setelah jogging tak sampai 500meter
dari perwira ke Induk tadi.


Ada banyak lagi gambar sebenarnya yang saya nak upload tapi entah tiba tiba je semua gambar hilang. Nanti saya curik balik dengan Tasha then upload okay. Oh dah tengahari rupanya, masa untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong. Oh tapi sebelum tu, nah tengok ni. Sumpah teringat kat Betty kan.


Geek Chic lah konon.

p/s : Bidin terima kasih fasal semalam. Jasa kau akan aku kenang. 

xoxo,
aten NERD

2 comments:

  1. hahahahahahah...lucu lucu..like like like like like like lik elike like like like like like like like like lik elike like like like like like like like like like like like like like like like

    ReplyDelete
  2. hah saman!~,..ske ati letak gmbr kte sini,..lalala,...sewa yer, singggit sejam

    ReplyDelete

sila komen komen