Tuesday, January 4, 2011

Room sweet room

Hello hello. Saya dah sampai perwira semalam. Jauh perjalanan akhirnya sampai jugak saya kat Batu Pahat tersayang ini. So I was about to move to another house. Yang paling mantap adalah tingkat 3. Memang terbaek. Jadi semester baru ini saya akan exercise lebih sikit tiap tiap hari untuk ke kelas which means saya kena panjat naek dan turun lebih kurang 30 lebih anak tangga. Satu percubaan yang baik untuk hari ini. Tepuk sikit. Teehee.

Semalam main punggah punggah barang dari stor ke bilik memang agak memenatkan. Memandangkan barang yang di simpan kat stor berkotak kotak sampai abang tu cakap adik ni dah boleh bukak kedai runcit. HAHA. Tak leh blah. Lagi satu hal nak kena punggah semua kotak kotak tu naik tingkat tiga. Memang the bomb. Nak kena unpack semua barang barang lagi. Memang saya lost tak tahu nak settle kan yang mana dulu. After a deep breath baru lah saya mulakan tugas unpacking barang barang secara perlahan lahan dengan penuh kesabaran walaupun penat tidak terkata. 

Akhirnya petang tu jugak saya siap kemas semua barang barang saya. Dan hasilnya agak memberangsangkan. 

Mak aih tongkang pecah pun tak macam ni. Main sumbat je minah ni.
locker macam hape dah.

Finally. I am done tidy the whole things. :)



Coco tengah tido. Shhh..


Hari ini saya ke Fakulti untuk selesaikan beberapa matapelajaran yang perlu di tambah/gugur-kan. 
Dan syukur Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Oh tadi kelas lukisan kejuruteraan saya terlambat sebab tak jumpa cari makmal lukisan.Sesat sesat. Penat call senior tapi semuanya tak angkat. Last last jumpa jugak makmal tu .
Maaf encik , saya tak sengaja lambat. Lain kali saya takkan lambat lagi. :)

Alhamdulillah new semester going great so far. Harap semua azam tahun baru ini tidak akan terkubur begitu sahaja. 
 So kawan kawan semua, selamat memulakan semester baru. 
Selamat maju jaya.

xoxo,
aten NERD




3 comments:

sila komen komen