Thursday, January 13, 2011

Lampintul



Click for enlargement . Thank you. :)


OHMAIGOD. Memang betol Kak Faz cakap saya lampi. Bandar Batu Pahat tu pun saya boleh sesat sampai sejam. *Sigh . Kisahnya begini, saya dan si Tasha sesat masa kitorang otw nak pergi ambik Kak Ja dekat stesyen bus pagi tadi. Semalam Kak Ja text saya, katanya jangan lupa jemput dia pagi esok. So saya pun bagitahu la dekat housemate hosemate. Si Susi dengan Kak Kyra beria cakap yang dorang tahu jalan nak ke bus stand tu. Saya pun dengan muka selamba buat tak endah je bila dorang bercerita fasal jalan nak ke bus stand tu sebab Susi cakap dia nak temankan kitorang besok. Then pagi tadi, Kak Ja call. Memang sah la saya tak dengar sebab tidur mati. Tiba-tiba Susi masuk bilik kejutkan saya mintak ambik Kak Ja sebab dia dah sampai kul 5 lebih tadi. Saya pun capai je seluar dengan tudung yang ada. Main capai je kan. Dah la sejuk gila, korang bayang la pukul 5 suku. Orang lain tengah syok tidur kita dah bangun mengigil gigil keluar dari rumah. Ingatkan si Susi ni nak ikotlah kan sekali lepas dia kejutkan saya dia tidur balik. So memandangkan Tasha sorang je yang kelas start pukul 2 petang hari ini. Saya pun ajaklah si Tasha temankan. Nak kejut Kak Kyra pun macam tak sampai hati je tengok dia tidur nyenyak sangat. Macam biasa lah, dalam kereta sibuk si Tasha ni mengusik sebab tak nak bagi saya mengantuk. Cerita punya cerita, gelak bagai sekali sesat. Haa, padan muka. Pastu kalut call sapa sapa yang terlintas kat dalam kepala ni. Yang kelakarnya, sesat sampai sejam kat bandar tu. Saya dah mula gelabah . Dua kali duk lalu depan Summit tu je. Pastu lalu dataran, last last sampai dekat wet world. Nah, ambik kau. Jauh gila sesat. Dah la jalan gelap. Pastu tiba tiba ada kereta follow dari belakang. Lagi la cuak. Memang serius time tu dah blur tak tahu nak call sapa. Tasha call Daus tapi tak jawab. Bidin pun sama. Dalam hati cakap semua tak boleh harap. Then call Jimmy, nasib baik pak cik tu angkat. Dia suruh kitorang cari Hotel Paragon. Masalahnya kitorang dah sesat sampai kemana dah. Memang tak jumpa la Paragon yang dia suruh cari tu Last last saya mintak Tasha call Refqi. Tiga kali call tak jawab jawab. Biasa lah kalau call time pagi buta sapa lah nak layan. Nasib memang baik tiba tiba call yang ke empat kalinya Refqi pon jawab. Tasha bagitahu yang kitorang sesat. Tasha pulak skema gila ayat cakap dengan Reff time tu. Memang tak leh bla la kan. ' Hello Refqi, ini Tasha, kawan Aten. Aten tengah drive. Dia mintak saya tanya awak. macam mana nak pergi stesyen bas ' . HAHA. Kelakar gila Tasha. Sampai saya yang cuak ni pun rasa macam nak tergelak gelak. Then kitorang pon ikut la direction yang refqi bagi tu. Alhamdulillah. berjaya sampai. Tapi memang gila la drive pagi tadi. Dah la sesat ,jalan one way saya buat jadi two way. Nasib baik tak accident. Dah la bawak anak dara Uncle Azhar. Huh,mesti dorang ingat saya mabuk. Yelah, suka hati je main u-turn . Pastu lalu arah bertentangan. Memang sumpah mengerikan. Sampai Tasha dah menjeri-jerit. Lain kali memang tak akan  gamble lagi. Kalau tak tahu jalan memang kena ajak siapa siapa temankan. Jangan main gamble je. Nanti sesat entah kemana. Menyusahkan semua orang.

p/s : Pengajaran hari ini supaya saya lebih peka terhadap bandar Batu Pahat. 

Jimmy. Thanks sebab cuba bantu walaupun tak berjaya. 
Tasha. Jangan serik naik kereta dengan kita. :)
Reff. Thanks sebab tolong kitorang pagi tadi. sorry gangu Reff tido.




P/s/s : I AM STRONGER THAN YESTERDAY.
          THANKS FOR THE MEMORIES .



xoxo,
aten NERD

1 comment:

  1. nak make up in bangi area??
    visit:
    http://natasha1987-makeup.blogspot.com/

    ReplyDelete

sila komen komen