Tuesday, January 11, 2011

Jejaka Idaman


Fakta : Saya suka lelaki berkaca mata. Nampak smart.

Pagi ini rasa macam ada satu aura baru taw dalam hidup. Entah kenapa. Pening agaknya. Tak pun bercelaru fikir banyak sangat masalah yang ada. Tasha cakap Aten cuba awak buat ciri- ciri jejaka idaman awak kat blog. Tapi bila cakap fasal ciri-ciri ni semua orang nak perfect saja kan. Tipu lah kalau cakap saya nak lelaki tak kacak yang penting baik hati. Tapi katakanlah lelaki yang tak ada gigi nak dekat awak, betul ke awak akan suka dia balik ? Mesti akan terfikir dua tiga kali jugak kan kalau nak terima dia. Tapi bagi perempuan semua tu tak mustahil langsung sebab kalau hati dah sayanag bagi la yang buruk macam mana pun mesti akan cair meleleh sayang kat lelaki tu. Ok dah merepek. Menjawab kepada persoalan Tasha tadi, dia nak tahu macam mana ciri ciri lelaki idaman saya kan ? Okay sila baca dengan serius jangan tergelak gelak sampai satu rumah dengar. Tapi ini hanya idaman lah kan. Kalau tak dapat tu nak buat macam mana. Kalau dapat tu kira rezeki lah kan. Alhamdulillah.

1. Dia mestilah seorang lelaki yang beriman. Maksud saya dia mesti tahu entang selok belok agama la. Kalau ayah saya suruh dia imamkan solat , dia boleh buat benda tu. 

2. Dia mesti baik hati dan penyayang. Maksudnya dia kena menyayangi saya lebih daripada saya menyayangi dia. Kalau saya sayang dia 100% dia mesti kena sayang saya 110 %. Mesti jugak sayang dekat kucing dan bayi bayi. Itu sangat penting sebab saya suka bayi dan kucing.

3. Dia mestilah sedap mata memandang. Tapi tak semestinya kacak dan kulit pun nak yang putih melepak. Kalau awak hitam manis pun saya dah suka taw. Ngeee. Gatal. Tapi aunty cakap tak perlu cari yang kacak sebab bila kita tutup lampu dah tak nampak muka dia. I dont get what she mean actually. Teet . 

4. Dia mesti bijak. Bijak dalam segala hal tapi bukan pura pura bijak tahu segala benda. Itu annyoing namanya. Macam dia je yang hebat. Saya cuma mahukan lelaki bijak yang pandai bergaul dengan semua orang tak kira tua atau muda. Tidak terlalu batak sosial dan boleh membimbing saya dengan baik. Juga bijak dalam pelajaran. Kalau saya dapat pointer 3.0 awak mesti dapat 3. 8. Haa, macam tu lah yang saya nak. Awak mesti lagi bijak dari saya dalam segala hal. Tapi bukan bijak menipu taw. Kalau bijak menipu memang tak guna lah kan. Baik saya suruh awak jadi lembu. 

5. Penyabar. Ini pun penting, awak kena lah cool dan sabar dalam hal tertentu. Maksud saya bila kita keluar saya akan mengambil masa make up fikir baju mana yang sesuai nak pakai bagi nampak tak gemuk dan cantik bila jalan dengan awak. So, kenalah sabar kalau saya lambat sikit sikit tu. Tapi kalau awak nak saya punctual kena bagitahu awal awal so malam sebelum kita date-ing tu saya dah boleh prepare apa yang patut tak da lah kelam kabut .

6. Matang. Matang disini bukannya pada usia yang menampakkan kedut kedut halus di dahi awak tu tapi matang disini dalam segi pemikiran. Maksudnya kena lebih matang dan berfikiran jauh kedepan macam ayah saya. Matang dalam menyelesaikan masalah. Saya ni kadang kadang kuat merajuk so pandai pandai la awak pujuk. Jangan la nak marah saya pulak bila saya dah merajuk tu. Sebab saya takkan meajuk sesuka hati mesti ada salah yang awak buat. Sila check balik apa yang awak dah buat.

7. Pandai masak. Okay ini penting jugak. Pandai masak at least boleh tolong gorengkan telur atau masakkan bubur bila saya demam atau sakit. Tapi kalau awak memang chef dalam segala masakan memang bonus la kan. Boleh la kita masak sama sama nanti. Takda lah saya rasa bosan bila kat dapur. Saya mesti akan sayang awak lebih. Percaya lah. 

8. Tinggi dan tegap. Kenapa saya nak lelaki tinggi ? Demand lah kau perempuan, tapi sebenarnya ini penting jugak. Bila tinggi dan tegap. Dia akan nampak berani dan kuat. Kalau ada apa apa yang berlaku saya boleh menyorok je belakang dia. Saya akan rasa lebih selamat. Nanti kalau saya tertidur kat ruang tamu sebab tunggu awak pulang office pun awak boleh dukung saya bawak masuk bilik. Auuww sweet. Geli. 

9. Kelakar. Awak perlu ada sense of humour. I mean bila saya sedih nak mati dan stress ke ape ke boleh la tolong cheerkan saya balik. Boleh buat saya gelak dan rasa terhibur. Ketawa boleh bakar kalori taw. Bila saya ketawa nanti lemak akan berkurang. Itu penting. 

10. Bersopan dan pandai menjaga adab. Maksudnya dia mestilah tahu menjaga adab dan menghormati mak ayah , family , kawan kawan, jiran jiran dan sebagainya. Perlu sebab nanti awak nak jadi teladan untuk anak anak kita yang comel comel tu. Kalau awak pun buruk perangai macam mana la anak anak kita nak jadi baik macam saya . Kan kan ?

11. Ini sangat bonus kalau awak pandai English. I mean nanti kalau saya nak marah awak lebih lebih dalam bahasa inggeris pun awak faham maksudnya. Tak da lah saya rasa macam cakap dengan tunggul kayu walaupun saya tahu saya tak ade lah terror sangat English. Tapi saya nak awak lagi lagi terror dari saya. Cakap mesti fluent dan confident. Lagi lagi time marah sebab kalau guna english tak ade lah nak keluar perkataan yang pelik pelik atau dalam bahasa melayu bunyinya agak kasar. Contoh gila, bengong, sial. Tapi saya harap lelaki idaman saya bukan jenis yang mulut macam tu sebab saya sangat sensitif dengan setiap kata kata yang dikeluarkan. 

12. Memandangkan saya jenis yang kuat mengigau malam malam. So, kalau saya mengigau cakap merepek repek tolong la kejutkan saya dengan baik dan tidurkan saya balik. Jangan lah duk membebel tak tentu pasal marah sebab saya suka mengigau. Kesian saya nanti. Jangan gelak lebih atau rakam. Nanti saya malu dengan awak.

13. Morning person. Ini jugak penting sebab saya jenis yang liat bangun . Even umur dah 21 tahun tapi still ibu yang akan kejut kalau kat rumah. Awak mesti kejut saya dengan lembut macam ibu saya buat. Panggil nama saya lepas tu tarik tangan saya sampai saya bangun dan terduduk dekat katil. Ambilkan towel sekali. Confirm saya akan terus pergi mandi dan siapkan breakfast sedap sedap untuk awak nanti. 


Setakat ini tu saja ciri ciri yang perlu ada pada bakal suami. Tapi itu semua ciri ciri yang saya impikan tapi bukan semua yang kita idamkan kita akan dapat. Kalau dapat itu dikira bonus. Tapi kalau tak dapat saya akan terima awak dengan hati yang terbuka. Insya Allah. Sesungguhnya jodoh itu di tangan tuhan.

p/s : Ibu saya pesan , mulai sekarang kita dah boleh doa mintak dengan tuhan setiap kali lepas solat nak suami yang beriman, soleh, baik hati, rajin, kacak, handsome, sayang kita, tidak curang (itu penting) , penyayang, pembersih,penyabar dan lain lain. Jangan besok nak kawen baru mintak. Mintak dari awal InsyaAllah kita akan dapat yang terbaik. Ameen. Emm, rindu time matrik sebab setiap kali makan bersama Najie mesti baca doa makan dan doa untuk calon suami nanti. I miss you babes. :)


Sweet. :)


xoxo,
aten NERD

4 comments:

  1. waaaaaa gila lah ha3x...susah ga lah mcm tu kan....tp tak pa jodoh ditangan tuhan hahahahahaha apa pun selamat berjumpa dengan jodoh anda ha3x.

    ReplyDelete
  2. haha. itu saja je. tapi kalau xda pon hati dah sayang. terima jugak. jodoh di tnagn tuhan,

    ReplyDelete
  3. yg no 8 tu sy suke!tinggi &tegap!mmg best ar dpt!hehe http://geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hehe. tu la kan IFA. kalau dapat mmg seronok. sebab bila menyorok belakang dia. orang tak nampak. :)

    ReplyDelete

sila komen komen