Saturday, January 22, 2011

Angka Dua Puluh Satu

Pertama sekali saya nak ucap selamat hari lahir yang ke dua puluh satu kepada Nurul Hidayah Mohan Shah . Alhamdulillah dah genap 21 umur sahabat kesayangan saya ini. Maaf sangat time awak text saya tadi sumpah memang tak ingat langsung birthday awak. Apa punya sahabat lah saya ni. Tapi nasib baik lah online FB so dapat lah tahu hari ini birthday awak. Memandangkan hari ini genaplah umur awak yang ke dua puluh satu maka saya selaku sahabat baik merangkap rakan yang selalu je ada masalah dan awak akan jadi kauselor dan tempat mengadu domba and kalau nak keluar dating awak jugak lah yang jadi penasihat fashion saya dan juga merangkap teman karoke jamban di matrik dan merangkap membantu saya menyiapkan tutorial dan merangkap kawan yang selalu ajak saya study walaupun tahu saya ni kaki tido. Malam ni birthday awak kan ? So saya nak ambil kesempatan ini nak tulis surat untuk awak supaya awak sentiasa ingat saya walaupun saya jauh dari awak. 

Dearest ever ever love Yaya ( nama manja along ) ,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapakan selamat hari lahir yang ke 21 buat awak. Surat ini direka khas oleh saya untuk awak dan hak ciptanya terpelihara memandangkan isi kandungan surat ini adalah berkaitan perkara yang berlaku sepanjang hampir 3 tahun tempoh perkenalan kita. Sedar tak kita dah jadi teman baik hampir 3 tahun . Pejam celik pejam celik dah pun 3 tahun. Cepatnya masa berlalu dan saya harap saya dapat undurkan masa sebab saya rindu sangat saat saya bersama awak dan BB kita yang lain. Sepanjang tempoh 2 tahun saya kenal awak, banyak yang saya belajar sebenarnya. Belajar jadi kuat, rajin dan bersemangat. Belajar untuk jadi cantik macam awak walaupun saya tak de lah cantik mana pun. Dan belajar cara berkawan dan mendalami hati kawan. Terima kasih atas semua tu. Oh lupa lagi satu yang awak buat saya rasa nak nangis bila ingat awak ajar saya buat homework dengan penuh kesabaran. You never failed to be my best tutor. Kalau lah boleh bagi anugerah pingat kesabaran dalam mengajar budak lam-bat-pick-up macam tuan punya blog ini. Saya yakin mesti awak yang akan mengondolnya. tahap kesabaran awak mengajar saya memang tahap dewa baik. Terima kasih sangat sangat. Semoga tuhan saja membalasnya. Juga saya doakan awak dan Cik L bahagia sampai ke akhir hayat. Memandangkan awak sorang je harapan kami semua yang masih kekal bersama cinta hati. Maaf saya jeles sebenarnya bila saya dapat tahu bila saya call tadi awak tengah celebrate dengan Cil L. Sumpah sedih sangat sebab nanti siapa nak celebrate dengan saya ? dah la semua BB belajar jauh dari saya. Mula rasa nak nanges ni. Tapi tak pe lah sebab coco kan ada. Hopefully dapat lah saya celebrate birthday dengan dia nanti walaupun tanpa kehadiran insan istimewa. Lagi satu saya nak pesan, jangan jadi pelupa macam saya pulak. Birthday bestfriend sendiri pun boleh lupa. Ingat nak jadi orang pertama wish tapi disebabkan lupa tak tahu dah jadi orang ke berapa wish dan masih berharap agar nama saya masih dalam senarai sepuluh terawal. Pasal birthday gift yang awak claim tu insyaAllah saya akan tunaikan. Tapi kena InsyaAllah dulu taw sebab takot tak terbagi. Lagi satu bantal rama rama yang saya beli tu awak nak tak ? Dah lama saya beli tapi awak macam tak nak datang sini je ambil hadiah awak tu. Kang saya bagi Redha baru taw. Hee. Okay lah wak, rasanya setakat ini saja surat saya pada kali ini saya doakan awak berjaya dunia akhirat. Selamat segalanya dan sentiasa di bawah perlindungan-Nya. Saya doakan terbaik untuk awak. Sayang awak ketat ketat. Peluk cium saya dari dalam blog untuk awak.

Khas untuk awak. Credit to Redha. :)


Ikhlas,
aten NERD



2 comments:

  1. kalau ditakdirkan saya lahir tanggal 21 saya orang yang paling gembira..
    kerana 21 adalah nombor yang terbaek.

    selamat hari jadi kepada nurul hidayah.. percayalah nada sangat bertuah..

    * cantek pin aten dlm neih~~ HAHA

    ReplyDelete
  2. aten tQ...sy sebak lar bace neh...

    ReplyDelete

sila komen komen