Tuesday, December 28, 2010

tertunai sudah

Selamat pagi semua. Hari ini pagi saya cukup indah. Semalam jam 5 pagi saya selamat melelapkan mata. Bangun subuh dan sambung tidur balik. Buruk betul perangai gadis ini. Tapi seawal jam 8.45 pagi ibu dah bising kejutkan saya. Sepatutnya pagi ni saya berhajat untuk pergi jumpa doktor gigi namun hasrat tidak tercapai sebab doktor bercuti. Jadi terpaksa lah saya jumpa beliau besok. Dan hajatnya juga untuk pergi ke railway mencari tiket untuk pulang ke Johor. Bila saya call pakcik jual tiket tu cakap tiket dah habes lah dik. Ayoyo. Terpaksa la tunggu untuk coach tambahan nanti.

Beralih kepada janji yang saya buat hari tu. Nak update pasal kak Rina. Maka pagi ini memandangkan semua hajat tak tercapai jadi saya akan menunaikan janji untuk cerita pasal Rina Salleh. Mesti korang tertanya tanya kan kenapa dah 3 entry saya buat pasal kak Rina namun semuanya macam tergantung. Ada yang tanya sama ada Kak Rina ni sedara saya ke. Untuk pengetahuan, kak Rina memang saudara saya seagama tapi bukan sedara mara saya. Hee. Ceritanya begini, saya add kak Rina dekat FB. Time tu saya belum kenal siapa itu Rina Salleh. Cuma kadang kadang saya akan like gambar dia. Tak silap saya dulu kak Rina ni pernah shoot untuk akhbar Metro. So banyak gambar gambar yang dia upload everytime dia ada shoot. Ada jugak saya komen dan ada jugak saya like. Tapi memang Kak Rina ini sangat sweet. Suka sangat stalk wall dan gambar dia. 

Dan kalau tak silap saya, Kak Rina ini jugak model untuk butik Eight Design dulu. Kalau kat KBR butik ini ada dekat Parkson tingkat 2. Banyak gak la shawl , scarft, cardi dan baju baju yang cantik boleh dapat kat sini. Tapi Kak Rina ade butik dia sendiri . Rina Salleh Resources. Kat sini korang boleh membuat pembelian secara online. Nanti usha la ye. Banyak baju dan shawl cantek kat sini.

Bila saya dapat tahu Kak Rina dapat masuk Gadis Melayu 3 memang saya sangat seronok. Even saya tak kenal dia tapi saya memang suka sangat tengok dia. Cara dia yang matang dan saya pasti ramai jejaka di luar sana tertarik.

Fyi guys, Kak Rina adalah Juara Gadis Melayu Musim Ke 3. Alhamdulillah. Tahniah Kak Rina ! Bila dapat tahu je Kak Rina dapat masuk final memang saya terus promote rakan taulan agar mereka mengundi akak. Memang teruja gila bila dapat tahu kak Rina juara ! Seronok sebab saya minat gila kak Rina. Korang nanti boleh la follow blog Kak Rina. dan add die dekat facebook . Itu saja yang saya dapat kongsikan bersama. Saya doakan semoga beliau berjaya dalam setiap pekerjaan yang diceburi serta sentiasa di rahmati Allah swt. Ameen.








p/s : gadis manis.

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen