Tuesday, December 14, 2010

Reminiscing

Salam & hello semua. Pertama sekali saya nak ucap berjuta billion zillion terima kasih sebab anda anda sudi singgah ke blog lapuk saya ni. Walaupun bualannya tidak lah berapa menarik namun masih ada yang sudi membaca dan menjeguk. Terima kasih atas galakan anda semua. Sayang anda semua. Hari ni topik perbualan yang akan menjengah di blog lapuk saya ialah tentang kejadian yang berlaku tengahari tadi . Seperti yang di gembar gembur kan semalam, hari ini  saya bersama teman teman wanita se-YT telah keluar untuk meraikan majlis perpisahan Wan Nurul Najihah atau lebih dikenali sebagai Ah. Fyi, Ah will be fly to NZ this early february. Uwaaa. Lagi sorang tebang. Kenapa semua orang yang saya sayang terbang jauh jauh ? Sedihnya bila kena tinggal . Tapi takpe kita kawan sampai mati kan. Walaupun awak terbang jauh jauh awak selalu ingat saya tau. 

Jadi tengahari tadi saya dihantar oleh ibu untuk berjumpa dengan dua angel ini Ah dan Eg. Sesampainya saya di Kbmall saya tercari cari mereka yang pada mulanya berjanji untuk berjumpa di mc D namun sesampainya saya disana batang hidung mereka berdua pon saya tak nampak. Risau risau risau. Mana angel angel saya ni ? Sesat atau diculik . Sambil mencari saya bergayut dengan seorang lagi angel. Si angel ni tak dapat datang pada mulanya kerana sedang berpraktikal. Tiba tiba saya terpandang dua angel yang saya rindui tu memandang saya. Namun mereka berdua buat buat tak kenal. Citt, sampai hati. HAHA. Lepas tu bermulalah adegan peluk cium dengan mereka berdua. Rindu gila. genap tiga tahun tak jumpa. Lama gila kan. masing masing dah berubah. Kalau nak tahu ape yang berubah korang boleh jenguk blog Ah. Dia ada tulis beza kami dulu dan sekarang. Sila kelik disini.

Tanpa membuang masa, saya dan angel angel jalan jalan mencari tempat untuk mengisi perut. Si EG memilih secret receipes sebagai tempat untuk santapan tengahari kami. Macam biasa lah bila dah lama tak jumpa , macam macam cerita yang keluar. Semuanya nak bercerita. Tapi kami banyak mengimbau kembali saat saat manis ketika di Yt dulu. Memang best lah. Rasa macam nak balik zaman form five balik. Sweet romantic habess . Semua ada. Lepas makan kami pun berangkat menuju ke tempat si angel yang sedang berpraktikal tu. Ya Allah, si angel ni tak ubah gayanya seperti di YT.
Maintain dan cun seperti dulu. Angel ni last saya jumpa two years ago kat Taman Tg Anis if am not mistaken. Kan epa ?

      Ini angel yang bakal berangkat ke NZ nanti. :(


          Angel ini budak architecture dekat Uitm Shah Alam


   Ini angel yang sedang berpraktikal.


                   Angel ini adalah mastermind untuk perjumpaan hari ini. Haha. Nak jugak letak 
             gambar tuan empunya blog kan. Mengada. 


Sebelum menutup tirai entry pada malam ini. Sesungguhnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tiga angel di atas kerana sanggup meluangkan masa bersama saya pada hari ini. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai ke akhir hayat. Ameen.

Sedikit pesanan untuk Ah sebelum berangkat meninggalkan bumi Malaysia. 
Aten sayang Ah sangat sangat. Ah la kawan Aten hok paling best among the best. Time kat YT everytime I got   problems mesti Ah hok aten cari dulu. My super duper counselor . Penasihat yang terbaik. 
Never failed to make me laugh. Aten ingat lagi roti sardin Ah buat. Memang terbaik lah. Ingat sapa hari tau dop. 
Aten harap kito akan saeng sapa bilo bilo. Sapa masing masing beranok pinok lakow. Duk NZ nati molek molek neh.
Jago diri baik baik. Aten doa ko Ah selamat belajar and selamat balik. Pah cepat cepat nikoh. Jago abe molek neh.
Nati nikoh jange lupo jeput aten neh. Nak jadi bridesmaid kalu buleh. HAHA. Tu jah aten nak pese. I love you ahhhh!

P/s : MOOD rindu terhadap yt semakin menjadi jadi. " Rindu YT weyyhh " . Rindu ore kat YT. 
Rindu cikgu cikgu. Rindu dorm. Rindu bau busuk kat Yt. Hee. Rindu blako blako. :)

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen