Friday, December 10, 2010

the last song

Oh hai. Jumpa lagi semua. Maaf perjumpaan kali ini amat tergesa gesa memandangkan saya agak kepenatan dan kurang sihat. Tadi petang saya keluar lagi bersama ibu. Rutin sepanjang percutian akan menjadi pemandu tegar ibu saya. Berkepit je 24 jam dengan si ibu. Dimana dia disitu lah saya. 
Kat sini asyik hujan je memanjang dan tadi saya terkena hujan masa nak pergi makan roti nan. Sobs. Balik rumah kepala saya dah mula membuat pusingan 360 darjah. Mandi tidur dan terjaga pagi pagi buta. Tangan laju capai lappy dan online. FB adalah ubat demam paling mujarab. Dan baru tersedar malam ini merupakan hari lahir Ameen kawan David merangkap kenalan saya. Dalam banyak banyak rakan yang menyambut hari lahir pada malam ini Ameen je yang saya tak dapat post birthday wish dekat wall FB nya. I have no idea tapi bila I post, the wishes did not pop out on his wall. Pelik betol. Masalah internet yang lembab atau saya memang tak boleh nak WALL-ing kat wall dia. So, terpaksa lah saya mengucapkan selamat kepada beliau di sini.HB ameen rashid. I would gladly announced that tonite you are officially lose your 'teen' tittle. Have a great life onwards. May Allah bless you with His blessing and happiness.Cukup untuk malam ini , sambung lagi apabila saya sudah sihat sepenuhnya nanti. Oh sebelum terlupa ada sesiapa tahu tak macam mana nak betulkan screen yang terbalik . Ingat tak hari itu saya ada kecoh pasal download movie the last song by Miley Cyrus tu. Movie tu saya dah lama mengidam at last dapat jugak download tapi yang choii nya bila dah siap download dengan muka teruja saya pon teros la play. Tapi nasib tak menyebelahi saya pada kali ini. Movie tu upside down. Mula mula saya ingat memang intro die camtu tapi bila dah masuk 5 minit rupanya memang macam tu. Saya pun kalut lah tanya Bidin (orang yang ajar sy download) tapi tanpa rasa bersalah dia jawab 'kan aku dah pesan soh ko check dulu comment sebelum ko download. tengok sekarang dah susah' . Konklusinya, saya sangat kecewa kerana tak dapat menonton cerita yang dah lama saya mengidam tu dengan keadaan yang sempurna. Tssk. Nampak gayanya terpaksa lah saya meng'upside down' kan lappy pada malam ni. Korang korang kalau tahu bagaimana cara untuk setting supaya kembali kepada posisi normal sila lah post dekat FB saya ye. Terima kasih banyak. Itu sahaja entry pada malam ini. Selamat malam-separa-siang semua. Mimpi indah indah.

Will grab this soon. :)


p/s : MOOD malam ini semoga mampu tidur dengan bahagia selepas menontot cerita yang dah lama mengidam. 

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen