Friday, December 10, 2010

Kecek kelate

Masa entry ni di tulis I am halfway finish watching the notebook. Movie ni pon best jugak. Tapi tak boleh lawan The Last Song yang saya tengok semalam sampai nanges nanges. Bagun tadi pagi mata saya bengkak bengkak sebab nanges semalam. The best movie ever ! Berbaloi buat kecoh tanya semua orang macam mana nak download movie. Sebenarnya movie tu dah lama tak silap saya bulan april tahun ni tapi disebabkan baru mengidam nak tengok so macam mana pon kena tengok jugak kalau tak tidur malam mesti mimpi kurang menarik. Haha. 

Tujuan entry ini ditulis adalah untuk memperkayakan bahasa kelantan kepada semua rakan rakan tak kira negeri mana anda berasal. Meh sini saya nak ajar kata ganda berirama dekat semua rakan rakan. Tak salah kan berkongsi benda yang baik. Hee. Mesti kelaka gila bila dengar sebutan korang yang bukan kelantan berusaha untuk menyebut kata ganda berirama versi kelantan ni. Takpe jangan segan segan. Yang penting korang mencuba. The effort counts . Jadi, selamat mencuba untuk sebut dengan betul. 

1.Comey lotey maksudnya cantik yang teramat

2.Putih lepuk maksudnya putih yang teramat

3.Panah ceng-ceng maksudnya panas yang teramat terik

4.Huduh banga maksudnya hodoh yang teramat

5.Manih leting maksudnya manis yang teramat

6.Masing perak maksudnya masin yang teramat

7.Pendek ketok maksudnya pendek yang teramat

8.Lapar ketok maksudnya lapar tahap dewa

9.Kemah keming maksudnya ketat yang teramat

10.Koya molek maksudnya perasan tahap yang amat

11.Luah litar maksudnya luas yang teramat

12.Besar bah maksudnya besar yang teramat

13.Busuk banga maksudnya busuk yang teramat


Pembelajaran hari ini tamat sampai disini saja . Lain kali kita belajar lagi. Terima kasih murid murid. 

P/s : Sek klate kalu baco entry neh kalu ado gapo gapo hok nok tamboh buleh la post kat fb sayo. Nati sayo update dale neh. Hehe. Sek kito jange pechoh . Kemah keming ayak tu. 

xoxo,
aten NERD




1 comment:

sila komen komen