Thursday, December 9, 2010

Hari ini dan semalam

Hari ni. Awal awal pagi lagi dah kena kejut oleh si adik mintak tolong hantarkan die ke sekolah. Ada kelas tambahan katanya. Selaku kakak yang baik dan comel tanpa banyak soal terus bangun capai cardigan dan tudung hanya sempat basuh muka dan gosok gigi terus menghantar si adik ke sekolah. Pengorbanan seorang kakak yang ingin melihat adiknya berjaya. Ceceh. Ayat tak boleh blah. Hee. Terharu kalau adik saya baca ne. Tapi betol setiap kali saya balik memang saya akan spend masa bersama adik adik . Dah la duduk jauh dari family balik rumah pon boleh kira bape kali je setahun takot nanti kalau saya tak merapatkan diri dorang akan jadi segan dengan saya nanti. Bila kita baik dengan dorang memang dorang akan sayang dan sentiasa rindu kita. Ini lah petua merapatkan hubungan di antara adik beradik. Tipu la kalau saya cakap saya tak pernah gaduh gaduh dengan dorang kan. Tapi gadoh kitorang selalunya tak lama. Paling lama si kakak atau si adik akan membisukan diri selama 2 atau 3jam. Lepas tu kitorang boleh gelak gelak balik. 

Semalam. Saya dan teman teman wanita keluar untuk setelah sekian lamanya tidak berjumpa. Wah seronok. Semuanya makin cun dan mantap ye. Mungkin dulu masa di matrik korang mana boleh cun cun nanti kang kena sound . Sekarang dah habis matrik semuanya dah jangok jangok . Memang seronok bila dapat gather ramai ramai. Kita gosip sikit sikit gelak banyak banyak makan puas puas . Tapi dua orang lagi kesayangan yang menetap di Kedah tak dapat join sekali. Cik yaya dan sekutunya yang berada di Kedah. Lain kali kita gather lagi ramai ramai k. Plan awal awal baru lah semuanya berjalan lancar. Rindu matrik , dan teman teman sematrik. Banyak betol pengalaman indah. Bila ingat balik semua moment yang best best mesti nak tergelak dan akan senyum sorang sorang. HAHA. Sayang korang lebih. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai  ke tua. Amin. :)

geng se matrikulasi

geng kesayangan tapi sorang tak cukup. cik yaya kita. :C

p/s : Lagenda Budak setan menanti. Petang ni saya nak gi claim novel LBS dengan Amy sebelum dia terbang.

xoxo,
aten NERD 


1 comment:

sila komen komen