Friday, December 3, 2010

Girls just wanna have fun!

Salam semua. Saat jari jemari yang kurang runcing ini rancak menekan papan kekunci, jam di handphone baru menunjukkan pukul 10.32 malam. Namun badan dah terasa sengal sengal, penat meronggeng tadi  agaknya. Lemah dan lesu tapi semuanya berakhir dengan satu senyuman. Alhamdulillah, tidak lupa aku panjatkan pada yang di atas sana kerana mengurniakan kebahagiaan yang tidak mampu aku gambarkan. *senyum laju laju.
Hari ini laungan merdeka terus berkemundang sebaik sahaja tamat kertas akhir pada semester ini. Soalan tadi  pun boleh tahan jugak payahnya di tambah lagi dengan kekangan masa yang tak mampu saya halang. Semoga semuanya selamat. Saya serahkan pada yang di atas sana. InsyaAllah.

Maka hari ini saya akan ceritakan satu persatu peristiwa (imitate gaya Anbia debat) yang membuatkan saya tersenyum lebar sampai ke telinga.Peristiwa pertama bermula sebaik sahaja kertas pepriksaan tamat, saya dan sahabat sahabat karib iaitu geng meronggeng kedua (sila rujuk gambar rajah di sebelah kanan anda ) telah berjaya mengadakan sesi photoshoot Part 2 walaupun hanya menggunakan camera digital biasa. Actually sesi photoshoot itu memerlukan cik fotografer namun beliau tidak dapat turun padang kerana perlu bergegas pulang ke Perlis. Namun itu tidak menjadi halangan buat kami. Sesi photoshoot masih mampu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Semester 2 nanti cik fotografer janji nak tolong kami untuk photoshoot seterusnya kerana dia ingin merasmikan lens baru katanya. Terima kasih banyak banyak. Seronok gila bila ada orang layan kepala kita ni kan. 

Here I upload few pictures that have been edited. Jum godek bersama. 

From left : Niesa, Fana, Aten, Riena


Tu dia. Nalaa ! 

Muka wangi dari kami. Tengok tu muncung dia. Kalah angelina jolie.

Alolo, comel ngat aih. 

Si oren tu paling MUDA ! 


Gigi besi ini hanya mampu peluk pokok.

 Haa,tu dia gambaq yang kami tangkap tadi. Peristiwa di atas belum tamat lagi. To be continue tomorrow. Maaf jari runcing saya semakin lemah untuk menekan papan kekunci. Besok saya sambung lagi. Terima kasih semua. Selamat malam dan mimpi indah . 


p/s: Besok singgah lagi. Saya ada cerita menarik nak di kongsi. 

xoxo,
aten NERD

No comments:

Post a Comment

sila komen komen