Wednesday, December 29, 2010

Gigi Besi

Salam semua. Hari ini saya telah di jadualkan untuk berjumpa dengan doktor gigi which is Dr. Kim . Awal pagi saya bangun mandi bersiap online kejap dan terus keluar then kebetulan hari ini hujan agak lebat pagi tadi. So, jalan pon sedikit jam. Nasib baik ade parking. Tapi jauh gak dengan klinik tu sebenarnya. Tapi tak pe lah saya redah jugak hujan tu. Sesampainya saya kat dalam klinik tu memang dah lencun habis. Terbaek punya. Hehe. Sebenarnya memang dah jadi satu tanggungjawab bagi sesiapa yang memakai pendakap/pemeluk gigi ( braces ) untuk consult dengan doktor every months. Kalau macam saya yang belajar jauh dari rumah memang everytime pulang ke kampung saya akan pergi klinik untuk tukar wayar, getah atau apa apa yang patut pada gigi saya ni. Kelakarkan bunyinya tapi itu lah hakikat si gigi besi.

Ramai yang tanya saya sakit tak pakai braces tu ? Hee. Tipu lah kalau saya cakap tak sakit tapi ia bukan lah sakit yang berlarutan cuma everytime kita buat treatment contohnya bila doktor ketatkan wayar dekat gigi tu mungkin terasa sedikit sakit. Tapi tak lama pun sakitnya dalam dua tiga hari then okay la. ape yang seronok pakai braces ni bila korang boleh pilih getah ( elastic band ) yang berwarna warni. Contohnya jika anda pengemar warna merah jambu. Anda boleh la mintak doktor pasangkan getah tu dekat gigi. So nanti bila anda senyum, nampak la bracket kat gigi yang berwarna merah jambu tu. Lepas tu boleh senyum dengan penuh bangga sebab bila sengih nampak warna kegemaran dekat gigi. Hee. Sikap kurang matang jelas disini. And ada jugak yang tanya Aten gosok gigi macam mana ye ? Hee. Sebenarnya kalau korang nak tahu kitorang yang memakai braces ni ada berus gigi khas. Kalau tak silap ada tiga jenis berus gigi khas. Nanti korang google sendiri la macam mana bentuk berus gigi tersebut . Susah nak describe. 

Bagi pendapat saya, memakai besi ni perlukan sedikit  ketahanan mental, kesabaran, kerajinan dan sentiasa berfikiran positif. Ada sebab mengapa saya cakap macam tu. Pertama, bila anda memakai braces ni ada la mulut mulut rakan yang suka mengejek akan cuba panggil anda dengan gelaran baru contohnya ' Betty , Gigi Besi , Braces , Cyborg ' dan macam macam lagi. So apa yang perlu anda buat bila kena ejek hanya lah senyum dengan penuh ikhlas. Kebiasaanya si pemakai braces akan menjadi tumpuan kanak kanak. Kadang-kadang tu kalau korang balik kampung or tempat yang ramai budak budak kecik. Budak kecik tu akan tanya mak dorang 'kenapa gigi kakak tu mama ? ' Then korang siap sedia la dengar jawapan lazim si mak kepada anaknya. ' Kakak tu pakai braces sebab dia tak suka gosok gigi. Kalau Isha tak gosok gigi nanti kena pakai besi macam kakak tu '. Hee. Mak dorang akan jadikan kita sebagai 'role model' agar anak dia gosok gigi. 

Ada suatu hari ni saya ngan ibu pergi kenduri, then kat situ terjumpa la sorang budak kecik ni. Nama dia Diana kalau tak silap saya. Dia tanya saya kenapa kakak pakai gelang kat gigi ?. Saya ngan ibu pon gelak gelak. Comel gila budak ni. Ada ke kata saya pakai gelang dekat gigi. Hadoi la. Memang kelakar. Ada jugak yang tanya saya, Aten kalau ada kilat gigi awak tu macam mana ek ? HAHA. Ini memang soalan saya pun tak  reti nak jawab. Alhamdulillah setakat ni gigi saya tak pernah lagi di sambar kilat untuk makluman semua. Tapi pakai braces ni seronok sebenarnya sebab kita akan nampak lain dari yang lain. Tak kira la sama ada muka kita akan nampak cantik atau tak semasa kita pakai braces tu tapi keseronokan tu memang ada. Kalau korang tak percaya cuba la pakai braces. 

Rasa macam kejap je masa berlalu, saya mula pakai braces pertengahan bulan tujuh tahun lepas. Kiranya dah setahun lima bulan usia besi di gigi saya. Syukur Alhamdulillah walaupun baru setahun lebih namun gigi saya dah menunjukkan respon yang baik. Doktor cakap insyaAllah by next year saya dah boleh bukak braces ni. Hee. Tak sabar rasanya. Tapi kadang kadang rasa macam sayang jugak nak bukak benda alah ni bila dah lama pakai. Rasa macam dah selesa. Saya pun tak boleh imagine macam mana rupa gigi saya bila dah buka pendakap nanti. 


Okay saja saya letakkan gambar Acha semasa pakai braces dan hasilnya selepas membuka braces. Nanti korang rate sendirilah cantik ke tak gigi dia selepas membuka pendakap gigi. 



Tadaaaaa ! Senyuman ikhlas jelas terpancar.
Kalau korang nak tahu Liyana Jasmay pun pakai braces gak masa dia kecik kecik dulu. So siapa sempat tengok drama yang dia berlakon masa dia kecik dulu boleh la tengok macam mana rupa dia masa pakai braces tu. Tapi sekarang gigi LJ dah cantik. 




Ini gambar gigi saya setelah setahun lebih memakai braces. Kita tunggu another few few few months. 
Tengok apa akan jadi bila saya dah bukak braces nanti .


Girlfriend saya pun pakai braces jugak !



p/s : saya tak tahu sama ada ini adalah fakta atau auta dari saya tapi saya suka tengok lelaki pakai braces.

xoxo,
aten NERD

5 comments:

  1. aten gg kcik mcm gg jan bleh pkai x??hehehe

    ReplyDelete
  2. gigi jan dah cantek.tak perlu pakai braces. :)

    ReplyDelete
  3. sok nk g klinik la...
    nk pkai gk!!!
    wane pink!!
    hehe

    ReplyDelete
  4. ghaz : hehe. jambunye pakai pink.pakai hitam la. baru smart ! haha

    ReplyDelete
  5. http://www.facebook.com/pages/Fancy-elastic-ligature-for-braces/170105396356281

    CHECK OUT THIS PAGE!
    fancy elastic ligatures now in malaysia
    choose your favourite pattern mickey,flower or hello kitty in 25 choices of colours!
    there's also GLOW IN THE DARK ligature for your braces!
    WOW! be the first among your friends to have these cool fancy ligatures for your braces

    ReplyDelete

sila komen komen