Wednesday, December 22, 2010

Cakna debat meneroka ilmu

Salam semua. Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk meng'update' entry yang baru. Namun seperti yang di janjikan sebelum ini , saya akan menunaikannya sekarang. Hee. Sebenarnya saya sangat teruja untuk mengemaskini blog saya namun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat saya elakkan . Jadual yang agak ketat menyebabkan semua perkara yang tidak penting terpaksa diketepikan buat sementara waktu. Untuk pegetahuan semua, team Senior A UTHM telah bejaya mendapatl naib juara dalam pertandingan Debat Piala DiRaja pada kali ini. Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa atas rezeki yang dikurniakan untuk team kami. Tahniah juga di ucapkan kepada team seniorita ( Abg Hakim, Kak Faz , Abg Azri, Abg Janifal, Azreen, Chuan, Anbia, Kak Liza ) yang sangat sporting serta tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan adik adik junior sekalian. Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang diturunkan. Harap berkekalan kita selamanya. Tidak lupa juga, sekalung terima kasih buat coach coach yang sudi turun untuk melatih team UTHM. Jasa anda semua amat kami hargai. 

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada rakan rakan yang sentiasa mendoakan team UTHM agar berjaya dalam pertandingan ini. Untuk pengetahuan semua, team Senior UiTM telah mengondol johan dalam pertandingan debat kali ini. Namun apa yang menariknya kedua dua team yang berentap di pusingan akhir ini, masing masing belum pernah mengondol juara dalam pertandingan debat DiRaja ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada warga debat UiTM kerana berjaya mara ke pentas akhir pada tahun ini. 

Akhir sekali terima kasih kepada semua peserta debat yang terlibat serta runner yang terlibat sepanjang pertandingan debat ini berlangsung. Serta semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dunia debat dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita. InsyaAllah.

Disini saya selitkan beberapa keping gambar yang sempat di rakam pada malam Anugerah MADUM 2010.

Team UTHM
Tahniah Abang Hakim ! Ini adalah best speaker kategori Bahasa Melayu pada tahun ini. 

Malam anugerah MADUM. Tengok tu sempat lagi saya menyelit. Teehee. :)

Keluarga debat UTHM.

1 Malaysia. 

BG , Tasha, Aten

Me & Tash on last day Royal 

Majlis pertandingan debat Piala Di Raja tahun 2010. UTHM sebagai Naib Juara.
Congratulation, guyssss !



p/s : Semoga perjuangan debat team UTHM tidak akan terhenti disini. Gambateh !
p/s/s : Malam ini kita enjoy. Kasi rock itu Batu Pahat. Yehaa !

xoxo,
aten NERD


3 comments:

  1. bukan senior..satu batch dgn BG

    ReplyDelete
  2. anyss : thanks babe.
    anon : oh yeke. sorry tak tahu. sapa yg comment ne ?

    ReplyDelete

sila komen komen