Saturday, November 20, 2010

Satisfaction.

Jam tepat angka satu pagi. Hujan lebat menyebabkan badan saya seram sejuk. Badan dah penat. Mata pun dah layu namun saya gagahkan jua badan yang tak berapa nak manja ni untuk menulis entry last saya di rumah sebelum berangkat pulang ke Batu Pahat. * sigh . Penat sungguh hari ni. Penat tanpa kata. Tapi semuanya berbaloi dan mati dengan satu kata iaitu kepuasan. Ye satu kepuasan bagi saya. Pagi pagi lagi saya sudah memandu ke Pasir Mas untuk menjemput teman serumah di Batu Pahat yang pertama kalinya menjejakkan kaki di negeri Serambi Mekah ini. Perjalanan mengambil masa 25 minit dari bandar Kota Bharu. Nasib baik jalan pun cun je. Macam faham faham yang saya dah lewat setengah jam akibat hal hal yang tak dapat dielakkan. Jemput Susi dengan penuh ceria. Senyuman manja terukir tanpa henti sepanjang perjalanan kami bersama. Merata kami pergi. Temankan si susi mencari barang barang untuk dijadikan ole ole pada keluarganya di Sabah. Macam macam di borongnya tadi. Macam biasa apabila teman orang membeli saya pun turut sama membeli. Macam saya pulak pelancongnya. Sempat juga saya bawa susi ke Pasar Siti Khadijah, lapangan terbang, pantai serta kedai yang menjual baju kelawar. Sampai susi pun dah rambang mata tak tahu mana yang nak di beli. Last2 sempat jgak die beli 8 pasang baju kelawar pelbagai saiz. Jam 4 petang aku selamat menghantar susi balik ke rumah mertua auntynya di Pasir Mas. Hujan dah mula turun . Jammed tak payah cakap la. Rrafic light dah 4 kali hijau tapi aku masih tak lepas lepas lagi. Nasib baik ade akak sedara yang teman kalau tak mati kutu aku dibuatnya. Dalam perjalan pulang tu, time kitorang berhenti kat traffic light ade la sebuah vios ne tak gerak2 padahal lampu dah hijau. Rupanya bila di intai pemandunye dah terbongkang dalam kereta. Habis kereta kereta kat belakang jam sebab pemandu-terlebih-makan-daging ne. Boleh pulak pemandu tu tertidur. Gelak gelak kitorg tgk pemandu tu. haha. Kesian. Banyak sangat makan daging lembu sampai boleh terlelap dalam kereta. Sebelum sampai rumah sempat lagi kitorg pergi menjoyah dekat Hayaki Kopitiam. Ramai jugak orang tapi disebabkan lapar terpaksa jugak bawak perut ne masuk sambil buat muka tebal seinci. Dah siap makan barulah tengok jam. Eh dah pukul 6.30 lah. Asar belum lagi ni. Hee. Sampai je rumah terus semayang. Nasib baik lahh sempat. Malamnye pulak keluar lagi cari barang sebelum berangkat pulang ke Batu Pahat. Selamat tiba di rumah tepat jam 11.30 malam bersama dua orang adik lelaki tersayang. Thank you khairul for the treat. Senyum lebar lebar sebab adik belanja makan. Hee. Seharian di jalanan hopefully malam ni tidur lena diulit mimpi indah lagi. Ameen. :)

Oh btw,
Nak selit surat untuk anakanda kesayangan saya yang berada di Batu Pahat. Malas nak buat entry baru. Sorrry ye sebab dah penat. semua benda nak campur. Jap lagi jadi rojak terus.okay here the letter. Lagi satu, gambar akan di upload nanti sebab cabel lupe bawak balik. Maaf ye.


Dearest ever love my lil munchkin,
 Semoga sihat hendaknya. Mummy tahu coco sentiasa sehat. Hmm. Besok malam mummy akan balik BP . Wait for my homecoming sayang. i have something for you. Miss you loads loads like heaven. 
Duduk dalam locker tu baik baik. Dah sampai nanti cepat cepat mummy keluarkan coco dari locker ye. Sayang anak mummy ketat ketat.<3

ke-mummy-an terserlah.


Huggss muax muax,
Mummy.






No comments:

Post a Comment

sila komen komen