Sunday, November 21, 2010

I call this purrfect !


Salam semua. Tatkala anda semua menerjah ke blog saya pada kali ini saya ada satu berita gembira yang ingin di kongsi bersama semua. Syukur Alhamdulillah saya dah pun selamat sampai di kolej dan kepulangan saya di sambut oleh tiga insan baru yang bakal menceriakan hari hari saya nanti. Wah, seronok apabila menerima kedatangan insan baru ni. Terima kasih tuhan. Pagi tadi sewaktu saya tiba di kolej kediaman merangkap tempat tinggal yang disediakan oleh pihak universiti walaupun dengan beg yang berat sarat dengan pelbagai barang namun semua tu bukan pengahalang untuk saya tersenyum. Setibanya di kolej kediaman hati saya sudah berbunga bunga riang. Betapa rindunya saya pada Batu Pahat walaupun jauh di sudut hati, jiwa saya masih belum bersedia sepenuhnya untuk meninggalkan kampung halaman. Setelah 12jam perjalanan akhirnya selamat juga saya sampai ke sini. Alhamdulillah semuanya baik baik belaka. Cuaca kat sini pun okay. Untuk memendekkan cerita ketibaan saya di rumah disambut oleh tiga ekor anak kucing yang baru dilahirkan semalam kot. Tasha cakap semalam. Saya pun tak pasti akan masa dah tarikh. Sampai je depan rumah saya dah dapat hidu bau kucing. Disebabkan saya memang sangat allergic terhadap bau kucing. Hati saya dapat rasakan ada kucing kat rumah ni. Biasanya kalau ada kucing masuk rumah saya lah orang pertama yang akan bersin. Allergic sampai macam tu sekali. Bau je kucing terus bersin. Bila saya jenguk dalam kotak memang betul la ade 4 makhluk comel yang bernyawa di dalamnya. Tiga ekor kittens yang baru melihat dunia di temani oleh ibunya sedang nyenyak berehat kat dalam kotak tu. Terharu bila tengok anak anak kucing tu. Haiwan pun pandai sayang anak. Timbul satu kesedaran dalam diri saya tatkala melihat 3 makhluk comel tu sedang menyusu. Tapi manusia sekarang dapat anak buang tepi jalan. Mana pergi nilai kemanusiaan dalam diri. Kejam. Harap tuhan jauhkan semua tu daripada kita. Hmm. Berbalik kepada cerita tadi.Tiga makhluk yang baru lahir ne dah pun diberi nama. Seekor akan dipanggil Jhonny sempena nama John sepupu Nabila yang amat menyayangi insan bernyawa ini. Jhonny ne berwarna hitam dan memakai stokin putih pada empat2 belah kakinya.Next, Kitten kedua akan diberi nama Manja sebab pertama kali saya pegang dia dah pandai manja2 dengan saya. She cuddle in my palm. Manja ne berwarna oren. Last kitten, akan di panggil Loopy. Ni akak kyra yang kasik nama. Dia cakap nama Loopy sesuai untuk si comel ni. Hehe. Cukup lah kisah mereka tiga beradik. Jum godek gambar mereka bersama saya. Tapi maaf sebab gambar Jhonny tak nampak sangat time saya nak snap tu die tengah menyusu sambil menyelit bawah ketiak mak die. Tak sampai hati nak kacau.

The mother & newborn kittens

Again. Mother cat with her babies


So cute. This is Loopy.


Manja.

Nak dijadikan cerita semalam saya sempat ber IM bersama seorang rakan. Katanya kalau saya letakkan karakter benda hidup dalam blog ni mungkin lebih menarik. Tuhan dah makbulakn doa rakan saya nampaknya. Dia bagi saya empat makhluk comel hari ni. InsyaAllah akan jaga si comel4 ini baik baik.
 p/s: Grow up newborn kittens. I cant wait to tickle your tummy. Hee. 


xoxo,
aten NERD

1 comment:

sila komen komen