Wednesday, October 6, 2010

Sumpahan tilam empuk !

Maka hari ini tajuk yang akan menjadi bualan saya ialah tentang tilam saya yang empuk walaupun dimana saya tercampak. Saya kata tilam saya empuk melihat kepada ramai yang suka bertandang ke bilik saya dan melepak di atas tilam saya yang bersarungkan bedsheet yang berwarna seakan akan cake lapis berwarna pink  dan bukan bedsheet barbie macam zaman kanak kanak dulu. Ada jugak yang cakap tilam aten ada bau baby.Haha. Comelnye ada bau baby. Sebab tu ramai yang suka stick dekat katil saya. Dah jadi macam satu sumpahan yang comel tau sebab tiap kali tinggal di asrama tilam saya akan menjadi pilhan ramai rakan taulan untuk melepak sebentar atau terus tertidur dengan nyenyak sampai kadang kadang saya terpaksa berkongsi tilam single itu dengan dua atau tiga orang rakan kesayangan.

 Kenapa tilam saya empuk? Kenapa bukan tilam orang lain yang empuk? Ramai yang tanya especially rakan rakan rapat dan teman bergossip saya sebab asal melepak je mesti pilih bilik saya dan port pulak dekat atas tilam empuk aten ! HAHA. Korang tahu tak kenapa dan mengapa tilam saya boleh menjadi empuk seperti tilam dunlop setebal 12 inci tu ? Sebab kawan saya cakap aten suka tidur kat tilam dia. Setiap kali dia baring je kat katil terus terlelap. Huh. Terok betol. Kuat gila aura tido saya kan. Walaupun tak makan ubat tidur tapi mampu lagi untuk tidur dengan nyenyak tanap tanpa sebarang gangguan.

Masa saya mula mula masuk asrama waktu tu umur saya baru 16 tahun. Tingkatan 4. Memang teruja gila bila dapat offer masuk sekolah berasrama ni. Seronok sangat sebab nak sangat rasa macam kawan kawan saya selalu cerita tinggal kat asrama memang best. So bila dah masuk baru saya tahu bagaimana seronoknya sampai tak terkata. Dah sebulan masuk baru nak homesick. Demam sikit sikit terus call emak. Mak pon terus datang. Risau anak dia demam siap bawa kek secret recipes lagi. Mengada betol budak perempuan ni kan. Padahal jarak asrama dari rumah hanya mengambil masa sejam.Tapi betul la kira saya ni dah kira cukup kuat sebab dah sebulan baru rasa homesick. Orang lain baru masuk seminggu dah pun demam rindu rumah, rindu bantal busuk lah ape lah. Huh. Lagi manja. Duhh. Eh dah lari topik nampaknya ne. Bukan nak cerita pasal macam mana hidup kat asrama tapi nak cerita kat korang bukti tilam saya memeng memang empuk dan selalu di gemari ramai. Kalau kat asrama dulu orang yang suka menziarah tilam saya ialah teman teman rapat. Lepas singgah terus baring. Bila dah baring mula pejam mata dan tido sama sama.So sweet. Rindu zaman kanak kanak. Rindu bila Aifa main rambut saya kejap je saya dah terlelap tak sempat nak habiskan gossip. Rindu Shikin, Tirah, Jilah, Eg, Eqwanis,Wanie and semua. Rindu korang ketat ketat.*sobs*

Zaman matrik pulak tilam empuk saya memang jadi macam tu jugak. Buktinya roomate kesayangan yang sekarang dah masuk UKM ambik forensik. Huh tak mampu lah mesha ! Budak 4 flat. Sangat adore dia dan cara dia study. Perghh memang hebat okey. Tak dapat di sangkal lagi. Um si mesha ne selalu stay up malam malam taw. So sebelum dia stay up dia akan tido dulu untuk mendapatkan rehat dan tenaga secukupnya. Then dia akan cakap aten pinjam katil ek. Nak tumpang tidur kejap. Nanti kejut taw. Letak je kepala atas bantal saya dia terus terlelap as if ada sumpahan untuk tidur pulak kat katil saya tu. Mesha pun admit yang tilam saya memang best dan boleh buat dia tidur nyenyak walaupun saya pasang lagu kuat kuat kat meja study saya. Hee dengki bila orang lain tidur. :) Orang kedua yang selalu menjadikan bilik saya atau tilam empuk saya sebagai bini no dua dia ialah pippote. Pippote ni ex TKC dan sekarang dia kat uitm Arau ambik Marine Tech. Hebat betol orang yang lepak kat tilam empuk saya ni kan. Si pippote ne memang akan berkongsi tilam dengan saya setiap weekend atau weekdays pon dia akan datang tidur dengan saya jugak. Korang boleh imagine tak macam mana tilam yang kecik tu boleh share sampai dua orang?.HAHA. Kelaka gila bila ingat balik. Masuk tahun dua kat matrik orang lain pulak suka melepak. Eh bukan melepak tapi dia datang amek mood untuk tidur je taw. My HOT babe a.k.a along. Dia pun suka datang baring kat tilam empuk saya tu. Ha kan saya dah cakap tilam saya memang kegemaran ramai.
Kadang kadang Mimi & Najie pun suka tidur dekat tilam empuk saya tu. Rindu nak berangan bila baring atas tilam dengan korang taw. :(

Dan sekarang dah masuk UTHM ingatkan sumpahan tilam empuk tu dah hilang  namum masih ada lagi seorang budak comel yang suka baring dan kadang menjadikan port untuk dia tidur. Tasha ! Ha awak pun dah kena sumpahan tilam empuk saya. Asal nak baring je mesti masuk bilik saya kan. Tapi saya tak kesah pun semua tu. Saya memang suka orang lepak dekat katil saya. Datanglah baring selalu semoga tilam saya akan menjadi semakin empuk.:)

7 tahun akan datang agaknya sumpahan tilam empuk tu wujud lagi ke tak? Haha. Tapi kalau wujud pun mesti la tak best sebab nanti hubby saya asyik tidur je. Dah malas nak bangun sebab tilam terlampau empuk.:)
Moga moga sumpahan tilam empuk dan bau baby melekat kat tilam tu tak hilang walaupun dah kahwin nanti.:)


P/s: Okay Aten dah boleh mula study. Final coming soon. Wish me luck guys.:)

With Lots Lovey dovey,
aten NERD

3 comments:

  1. awk,lepas niy uma awk sndri nt,awk letak la tilam air kt blik tetamu kt uma awk.bru la sy g ari2 uma awk.then gosip2 kt situ.haha.btw,check out my new post ya.

    ReplyDelete
  2. HAHA.boleh je.tak pun awak tidur je kat bilik saya.Boleh kita bergossip sampai tertidur.:))

    ReplyDelete

sila komen komen